Friday, September 08, 2006

Apa Ada dalam Buku Travelogue?

Apabila saudara menulis buku catatan perjalanan, setiap entri jangan lebih daripada 2 halaman bercetak. Namanya pun 'catatan' oleh itu ia perlu menarik tetapi ringkas.

Apakah bahan dan maklumat yang dicari orang dalam buku catatan perjalanan?

Orang membaca buku travelogue sebab mereka hendak tahu perkara-perkara yang tidak ada dalam buku-buku biasa berkenaan keadaan dan kehidupan orang-orang di tempat itu.

  1. Tempat-tempat yang pelik, umpamanya tempat di mana masyarakat di situ meletakkan mayat supaya dimakan oleh burung-burung pemangsa yang liar.

  2. Adat resam yang pelik, sebagai contoh adat pengantin lelaki datang dengan membawa 10 ekor lembu hidup sebagai mas kahwin isterinya, yang dianggap amat mahal kerana isterinya amat gemuk.

  3. Peristiwa-peristiwa yang lucu yang berlaku kepada seorang pengembara.

  4. Watak-watak yang menarik dan luar biasa yang dijumpai dalam pengembaraan, sebagai contoh lelaki muda yang mempunyai dua orang isteri yang terdiri daripada dua adik beradik perempuan.

  5. Amalan-amalan bisnes yang menarik, sebagai contoh, si pengembara dibenarkan tinggal percuma dengan tuan pemilik ladang anggur dengan syarat dia bekerja tanpa upah memetik anggur.

  6. Bangunan-bangunan yang luar biasa, sebagai contoh restoran yang dahulunya adalah bangunan gereja.

  7. Undang-undang luar biasa, sebagai contoh, orang yang ditangkap membuang sampah di bandar itu dihukum bekerja menjadi penyapu sampah setiap hujung minggu selama 10 minggu.

  8. Tempat-tempat yang menggerunkan, sebagai contoh, tempat di mana para pesalah menjalani hukuman pancung di khalayak ramai.

  9. Ciri-ciri luar biasa, seperti di bandar itu tidak ada sama sekali panggung wayang ataupun kedai video, ataupun supermarket menjual arak.

  10. Sukan luar biasa, sebagai contoh sukan lumba katak.

  11. Makanan luar biasa, sebagai contoh hidangan di restoran mahal yang terdiri daripada siput babi.


Banyak perkara yang menarik minat pembaca travelogue. Sayangnya orang-orang Malaysia yang belajar ataupun bekerja di luar negara tidak menyimpan catatan perkara-perkara yang menarik sebagai bahan buku travelogue.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Travelogue
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Sejarah Previous entry: Menulis Buku Travelogue
Zulkifli Khair  on  09/10  at  12:21 PM

Menarik tip ni, t kasih. Saya sempat berada di tempat salah sebuah buku Harry Porter dilancarkan iaitu tepat jam 12 malam, barangkali untuk disesuaikan dengan dunia kesihirannya.

Berjalan dalam negara sendiri pun ada banyak yang menarik. Sebagai contoh makanan. Pernah makan sup cendawan ayam/daging/kambing atau bayam goreng buat minum petang? Jom ke Johor!
——-

RH  on  09/11  at  11:51 AM

Assalamualaikum,
Terima kasih puan. Saya tak pernah terfikir pun untuk menulis tentang perjalanan yang pernah dilakukan. Rugi juga rasanya kerana tidak membuat catatan padahal saya merantau semenjak berumur 13 tahun lagi hinggalah sekarang. Pengalaman dihidangkan dengan setalam nasi dengan kepala kambing di tengah-tengahnya tak mungkin saya lupakan. Ngeri rasanya nak makan sebab kambing tu pandang je kat saya! Arghh…!

Oh ya! Ada sesiapa yang nak merasa kerabu mentah? Pergi lah Pokok Sena, Kedah.
Sedap! Sehingga menjilat jari!!!

Kenapa dinamakan ‘mentah’? Sebab…. daging lembu cincang dijadikan kerabu mentah-mentah! Tak masak! (Hah?! Orang Kedah makan daging mentah?!!!)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/12  at  02:03 PM

Asslamualaikum..
  Begitu menarik dan byk informasi yg sy perolehi berkenaan genre penulisan..saya suka menulis,ttp belum di asah minat ini dgn cara yg serius.
  Ada juga bbrp tempat luar negara yg dilawati.Sy hanya buat catatan ringkas selama pengembaraan utk lipatan pengalaman manis dan pahit.Tak disangka,mungkin boleh dijadikan sebagai paparan menarik bagi informasi msyrkt..InsyaAllah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: