Wednesday, March 15, 2006

Apa dalam daVinci Code

Novel fiksyen sejarah karya Dan Brown "daVinci Code" menjadi bestseller antarabangsa disebabkan pengarang itu mengemukakan suatu teori yang menggemparkan masyarakat Kristian.Dan Brown mengatakan dalam lukisan Leonardo da Vinci yang bertajuk The Last Supper, terdapat bukti-bukti bahawa sebenarnya Jesus berkahwin dengan seorang pelacur yang bernama Maria Magdalena.

Novel ini mengemukakan banyak perkara yang didakwa oleh Dan Brown sebagai bukti-bukti bagi memperkukuhkan teorinya itu.

Pihak berkuasa gereja Katholik sudah mengeluarkan kenyataan rasmi menolak isi kandungan novel Dan Brown. Malah Dan Brown sedang menghadapi saman mahkamah yang bernilai puluhan juta dolar atas apa yang ditulisnya itu.

Novel Dan Brown itu sudah diterjemahkan di Indonesia oleh penerbit PT Robani dan mendapat sambutan hangat. Edisi terjemahan itu sudah ada yang mengimpot dan menjualnya di Malaysia.

Kita bertanya, apakah hukumnya menyebarkan sebuah buku yang mengandungi ayat-ayat yang memfitnah dan menghina suatu nama 'Jesus' yang ada perkaitan rapat dengan seorang nabi dalam Islam, iaitu Nabi Isa alaihissalam.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dasar Editorial Previous entry: Ayat Ayat Cinta
pakhafiz  on  03/15  at  12:30 PM

setelah membaca da vinci code, saya lihat apa yg nak disampaikan adalah pemalsuan ajaran kristian oleh vatican, dan bagaimana pemalsuan ini cuba menukar sejarah kemanusiaan, sedangkan kononnya ada sekumpulan manusia termasuk da vinci yg ingin menegakkan ‘kebenaran’...
wallahu a’lam!
Dan brown ni yahudi ke?
——-

Amir Azmi  on  03/19  at  07:26 PM

kalau kak terrer cuba selesai ‘The Da Vinci Code’ nie!!

http://www.randomhouse.com/doubleday/davinci/main.html

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: