Wednesday, July 01, 2009

Apa Ertinya Apabila MPH Midvalley Menokok Ruang Buku Melayu 4000%

Kedai buku MPH di Kompleks membeli-belah Midvalley adalah cawangan MPH yang paling elitis dan paling besar. Saiz kedai buku itu tidak bertambah besar, tetapi ruang buku Melayu diperluaskan daripada 50 kaki persegi kepada 2000 kaki persegi.

Apakah maknanya ini?

(1) Ruang pameran buku-buku Inggeris telah dikurangkan bagi memberi laluan kepada buku-buku Melayu.

(2) Buku-buku Melayu sudah dapat dijual kepada golongan elit.

(3) Keuntungan daripada jualan buku-buku Melayu semakin menunjukkan trend peningkatan yang lebih positif berbanding jualan buku-buku Inggeris.

Fenomena begini tidak pernah terbayangkan oleh kita yang selama ini percaya bahawa (i) buku Melayu tidak laku, (ii) buku Inggeris sangat laku dan akan bertambah-tambah laku disebabkan kerajaan BN sedang menekankan penguasaan bahasa Inggeris.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Cinta Islami Terbaru PTS Previous entry: Buku Buat Duit Terbaru PTS
Rose Harissa  on  07/01  at  04:43 PM

Ertinya, MPH mungkin sudah terkena tempias kedatangan toko buku Gramedia ke Malaysia...hehe.

Puan Ainon yang dihormati, baru-baru ini saya ke Gramedia di Tesco Klang. Memang sudah lama ‘tergedik-gedik’ ingin ke sana kerana saya fikir selepas ini mudah untuk mendapatkan buku-buku Indonesia asli(yakni bukan terjemahan).

Walau bagaimanapun, saya kagum kerana melihat hampir 80% buku-bukunya adalah buku terbitan PTS! Di pintu masuk sahaja sudah boleh lihat buku Aku Mahu ke New York, Yakjuj dan Makjuj, Siri Buat Duit dan sebagainya. Dalam hati saya berkata, ini perkembangan yang baik. Kerana saya susah untuk melihat buku-buku berbahasa Inggeris terpamer di bahagian hadapan. Buku-buku Indonesia pula dipamerkan di sudut belakang.

Lagi pula bila saya melihat semua novel Melayu dipamerkan di sepanjang dinding dari depan hingga ke belakang, tanpa mengira penerbit. Jadi mata akan lebih cepat tertangkap pada novel yang mempunyai cover yang lebih menarik. Jadi tidak ada siapa yang menang siapa yang kalah di sini. Siapa yang hasilkan cover menarik, itulah akan jadi perhatian mata terlebih dahulu.

Tapi… sayang sekali, lokasinya kok jauh nun di hujung dunia. Jadi untuk kerap berkunjung ke situ, atau menjadikan ‘port’ membeli buku amatlah mustahil walaupun ia sebuah kedai buku yang ‘bagus’ bagi saya.
:(

Hamim Bin Nasoha  on  07/02  at  08:11 AM

Salam takzim buat Sifu dan pembaca budiman sekelian.

Agak lama saya memikirkan tentang fakta yang dikemukakan. Naluri saya mengatakan ada yang tidak kena tetapi tidak tahu apa. Akhirnya saya dapat jawapannya.

Maaf saya menegur, angka 4000 % adalah tidak tepat dan silap dari segi kiraan. Istilah atau terminologi yang digunakan adalah “menokok”. Jadi angka yang dicari adalah “peratus ruang buku Melayu ditokok atau ditambah”.

Begini kiraannya;

% tambahan ruang = (jumlah penambahan/jumlah asal) x 100 %
= [(2000-50)/50) x 100 %
= (1500/50) x 100 %
= 3000 %

Maka peratus tambahan ruang adalah 3000 %, bukan 4000 %. Saya takut pelajar yang melihatnya keliru kerana ia kontra dengan apa yang diajar di sekolah.

Walau apa pun berita ruang buku Melayu di MPH yang ditambah adalah berita yang menggembirakan. Saya menyambutnya dengan rasa syukur.

Tahniah buat PTS yang menjadi sebahagian daripada perubahan itu.

Wallahualam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: