Tuesday, September 06, 2011

Apa Itu ‘Bulk Display’

Apabila kita masuk ke dalam kedai buku, kita dapat lmeihat ada beberapa buah buku terbaru di pasaran yang disusun dan dipamerkan banyak-banyak naskhah. Itulah yang dikatakan 'bulk display'.

Apakah ciri-ciri buku yang kedai mahu buat bulk display?

1. Pengarang buku itu amat terkenal.

Pengurus kedai buku mestilah yakin buku yang dibuat display dapat dijual banyak naskhah. Jadi, setiap kali buku baru Harry Porter terbit, kedai akan membuat bulk display disebabkan dia yakin buku itu banyak peminatnya dan jualannya akan laris.

2. Tema dan tajuk buku itu adalah perkara yang sedang 'panas' dalam pasaran.

Walaupun pengarang buku itu mungkin tidak terkenal, tetapi jika tema buku itu sedang 'hot', kedai sanggup membuat bulk display.

3. Buku itu komoditi ruji yang memang ada pembelinya sepanjang tahun.

Contoh buku jenis ini adalah kamus-kamus. Apabila Kamus Dewan edisi ke-4 terbit, kedai-kedai buku membuat bulk display kamus itu bagi memberitahu orang ramai edisi terbaru sudah terbit.

4. Pengurus kedai-kedai buku besar amat cerewet apabila memilih buku untuk bulk display.

Semua buku yang diterima oleh kedai direkodkan penerimaannya ke dalam komputer. Disebabkan jumlah buku untuk bulk display banyak, katakanlah 50 naskhah, ia menyebabkan jumlah hutang kedai naik banyak. Jadi, jika buku-buku bulk display itu tidak meningkatkan jualan, jumlah hutang itu memberi gambaran tidak elok ke atas prestasi kedai.

Kedai-kedai kecil tidak menggunakan sistem komputer, semua rekod ada dalam kepala tuan punya kedai. Kalau penerbit berani meletakkan buku-bukunya untuk bulk display dalam kedai-kedai kecil, mereka tidak banyak soal jawab. Letak sahajalah, kalau tak laku ambil balik.

Tetapi mengapakah ada penerbit yang tidak mahu membuat bulk display di kedai-kedai kecil? Jawabnya, pertama adalah risiko buku rosak. Apabila buku sudah dibuka daripada bungkusannya ia mudah kotor dan rosak sebab orang-orang yang pergi kedai kecil tangan mereka kotor. Kedua, mengutip hutang daripada kedai-kedai kecil amat susah.

Siapakah yang menentukan buku apa yang akan dibuat bulk display? Pengurus kedai mempunyai kata mukatamad sama ada mahu membuat bulk display bagi buku saudara ataupun tidak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apakah Novel 'Salina' Karya SN A Samad Said Sebuah Karya Islam? Previous entry: Wajah Penulis pada Kulit Buku

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.