Apa Itu CTOS?
Pernahkah saudara memohon pinjaman dari bank dan pinjaman saudara itu tidak diluluskan sebab nama saudara ada dalam senarai CTOS?
SifuPTS pernah menerima kejutan besar apabila permohonannya membuka akaun bank bagi PTS ditolak disebabkan namanya ada dalam CTOS.
Bagaimanakah perkara itu boleh berlaku?
MARA telah memasukkan nama sifuPTS ke dalam senarai CTOS apabila salah seorang peminjam biasiswa pelajaran MARA yang dijaminnya tidak membayar balik pinjamannya sebanyak RM32 ribu. (Isteri peminjam itu pernah menjadi menteri penuh dalam kabinet Malaysia! Sampai sekarang suaminya tidak mahu membayar hutangnya kepada MARA. Sampai sekarang nama sifu masih ada dalam CTOS!)
Jika saudara seorang penerbit, elok saudara mendaftar menjadi pengguna CTOS.
CTOS adalah sistem maklumat kewangan yang dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta. Sistem ini popular disebabkan ia berguna bagi membantu saudara menguruskan risiko perniagaan.
Dengan yuran bulanan yang rendah saudara menikmati 2 perkhidmatan dari CTOS:
1. Saudara dapat menyemak kedudukan kewangan sesiapa yang memohon membuka akaun bisnes dengan saudara.
2. Saudara dapat menghukum sesiapa yang tidak membayar hutang saudara dengan memasukkan nama mereka ke dalam rekod CTOS supaya orang-orang lain tahu. (Memang pendeklah rezekinya nanti!)
Bagi memasukkan nama-nama orang yang tidak mahu membayar hutangnya kepada syarikat saudara, caranya adalah dengan menunjukkan semua dokumen hutang-piutang orang itu sebagai bukti sohih dia seorang yang berisiko jika dijadikan rakan dalam perniagaan.
Apabila orang itu sudah melunaskan hutangnya kepada saudara, saudara boleh memberitahu CTOS akan maklumat yang terkini, dan maklumat itu akan dicatatkan dalam CTOS.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon,
Nama Syarikat itu ialah CTOS bukan CITOS.
Sudah lama di pasaran. Kebanyakan bank ternama dan syarikat telekomunikasi berlanggan dengan mereka.
Kami sudah berlanggan dengan CTOS dan sangat berpuashati dengan manfaat dari perkhidamtan ini.
——-
Sdr Jiwa, saya akan betulkan ejaan itu, terima kasih.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Senarai CTOS adalah salah satu alat bagi mengurus risiko. Itu sahaja. Tengok CTOS, kalau saudara masih mahu menjalankan urusan perniagaan dengan orang itu, saudara boleh ambil risiko itu.
Dalam kes saya, ada sebuah bank tidak mahu membuka akaun saya walaupun kes saya adalah kes jadi penjamin bagi pinjaman pelajaran MARA oleh seorang pelajar undang-undang di UK (suami bekas menteri itulah). Maka rugilah bank itu tidak dapat buat duit dengan PTS.
Tetapi bank lain yang lebih ngetop, saya tidak ada problem. Ada bank yang luluskan fasiliti yang saya pohon sampai RM500 ribu. Dan nampaknya bank itu puas hati dengan bisnes PTS.
Jadi bukan semua nama yang ada dalam CTOS itu adalah nama-nama orang yang putar-alam.
Gunakan CTOS sebagai salah satu alat bantu kerja apabila saudara hendak membuat keputusan bisnes.
SifuPTS,
Organisasi tempat saya berkerja merupakan pelanggan CTOS & kebetulan kami merupakan urusetia CTOS utk pihak majikan.
Maklumat yg disimpan dlm CTOS adalah berbentuk “historical record” dimana ia menyimpan semua maklumat kredit yg lepas. Ini bermakna jika seseorang pernah ada rekod “hitam” samada semasa menjadi penjamin, atau pernah kena tindakan mahkamah dll, ianya akan ada di dalam CTOS walaupun orang itu sudah “putih” sekarang. Walau bagaimanapun, jika CTOS mempuyai akses kpd sebarang maklumat atau dimaklumkan akan perkembangan terbaru itu, selalunya akan ada nota memaklumkan perkembangan terkini iaitu orang itu sudah “bersih” sekarang.
Nasihat saya kepada semua, jika nama sdr disenaraihitamkan oleh CTOS disebabkan sesuatu pinjaman tetapi sdr sudah menyelesaikan masalah tersebut, bawa dokumen bg menyokong kedudukan terbaru itu ke pejabat CTOS utk mereka mengemaskinikan maklumat mereka di dalam CTOS. Ini adalah kerana CTOS mgkn tidak mempunyai akses kpd maklumat terkini itu.
Sdr Eagle,
Terima kasih atas maklumat yang sangat berguna itu. Memang bagus kita yang terlibat dalam industri buku ambil tahu berkenaan CTOS.
Dalam kes saya, macam mana saya hendak bayar RM32 ribu kepada MARA. Hati saya sakit betul!
Dia sedap2 kahwin menteri, tak mahu bayar hutang, saya pulak kena bayar RM32 ribu tuh! Macam ini punya kawan pun ada!!!
Quote “Macam ini punya kawan pun ada”
Yg curi komputer saya itu pun ‘kawan’ yang saya pernah bantu banyak kali juga. ICnya sudah di black list oleh polis kerana 5 hb lepas, dia turut mencuri peralatan yg mahal-mahal dari stor kerja (ex-bos saya rugi dekat RM 12,000.00)
Em, nasib baik saya sudah bayar 25% sumbangan kepada MARA selepas saya selesai tamat pelajaran di luar negara, lambat baru habis, tetapi selesai juga akhirnya, Alhamdulillah…
Itulah dia KMK (kawan makan kawan) Saya RM10,000 (kena bayar bulan bulan), kawan ghaib entah ke mana.Saya tak halalkan dunia akhirat! Padan muka dia.
Tuan Rastom,
Cerita kawan ghaib nih, serupalah dengan kes saya nih… tak dapat nak dikesan si polan tu. Kawan baik saya yang bekerja di MARA pun tak dapat kesan di mana suami bekas menteri nih sekarang. Gosip kata, mereka sudah duduk asing-asing…
Puan SifuPTS,
Gosip kata, mereka sudah duduk asing-asing….....itulah kalau guna duit tak berkat.
Post a comment