Apa Itu Flanking
Dalam dunia bisnes, saudara boleh menang dengan menggunakan strategi bersaing ataupun dengan menggunakan strategi flanking.
Baik strategi bersaing mahupun strategi mem-flanking, matlamatnya adalah menjual kepada pelanggan yang sama, sebagai contoh Ali Cafe mahu menjual kopinya kepada pelanggan Nescafe. Dalam bahasa yang lebih mudah Ali Cafe mahu mencuri pelanggan Nescafe.
Apabila saudara masuk pasaran dengan cara bersaing, saudara bermula pada garis mula yang sama, seperti orang berlumba lari. Semua pesaing dalam lumba lari bermula pada titik yang sama, kemudian mereka bersaing, siapa lebih kuat ototnya, dia bakal menang.
Strategi bersaing digunakan oleh Ali Cafe bagi memasuki pasaran kopi segera, di mana ia bersaing dengan budak besar Nescafe. Nescafe main iklan TV, Ali Cafe pun main iklan TV. Nescafe main iklan billboard, Ali Cafe pun main iklan billboard.
Lazimnya, dalam persaingan, budak-budak baru tidak memiliki cukup otot bagi mengalahkan otot budak-budak besar.
Apabila saudara melakukan strategi flanking, saudara masuk ke dalam sektor budak besar ikut pintu lain. Strategi flanking digunakan oleh Yeo's bagi memasuki sektor minuman ringan yang sudah ada budak-budak besarnya, yakni Coca-Cola dan Pepsi-Cola.
Saudara mahu tahu lebih banyak tentang bagaimana melaksanakan strategi 'flanking'?
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ya. Saya mahu tahu dengan lebih lanjut mengenai strategi “flanking”. Mahu diaplikasikan segera di Pesta Buku Perlis 2007 yg bermula hari ini. Kami pemain kecil seperti “Ali Cafe”, tapi kena bersaing dgn kedai buku LEBIH BESAR malahan PUBLISHer BESAR (seperti PTS yang masuk jugak). Huhu.
——-
Ya, saya mahu tahu. Aduhai sifu, ini kali pertama saya lihat sifu bermain teka-teki dalam menyampaikan ilmu…
Saya rasa, sudah dapat meneka apa maksud “flanking” ini. Adakah melibatkan “differentiation”, “niche” dan “agility”?
Puan Sifu,
Saya senantiasa mahu mengetahui semua ilmu yang berguna itu. Lagi cepat Puan masukkan dalam entri lagi bagus.
lagi cepat (BMR) = lebih cepat (BMT)
Puan Sifu,
assalamu’alaikum.
Pastinya kami menantikan tebaran mutiara ilmu Sifu!
Mungkinkah strategi flanking itu merujuk juga kepada strategi “ring-fencing” bisnes?
Puan Sifu,
Perniagaan laksana masuk dalam medan perang. Dalam ilmu perang, ‘flanking’ merupakan serangan dari sayap atau sisi dengan tujuan memberikan elemen mengejut dan mengucar-kacirkan pertahanan lawan.
Dari segi perniagaan pula, mungkin saja melibatkan cara ‘differentiation’ dan ‘niche’ seperti yang dikatakan Saudara Firdaus.
Mohon ilmu dari Sifu.
Post a comment