Wednesday, December 23, 2009

Apa Itu ‘kadar royalti’? Apa Itu ‘nilai royalti’?

Banyak penulis masih belum jelas perbezaan antara 2 konsep ini: (i) kadar royalti, dan (ii) nilai royalti.

Apabila orang bercakap tentang 'nilai royalti', yang dimaksudkan bukan 5%, 7%, 10% ataupun 20%. Itu adalah 'rate' atau 'kadar royalti'.

Nilai royalti adalah nilai ringgit dan sen. Jadi ada penerbit memberi kadar royalti 16%, tetapi nilai royalti yang diterima oleh penulis cuma beberapa ratus ringgit sahaja (itupun mungkin cuma 1 kali sahaja ceknya diterima, kalau tidak ditipu).

Manakala ada penerbit memberi kadar royalti 5% tetapi nilai royalti yang diterima oleh penulis hampir RM100 ribu (setahun)....

Banyak penulis masih tidak jelas tentang isu persen-persen yang boleh menyebabkan kekeliruan dan kerugian. Yang penting adalah nilai ringgit dan sen yang dibayar oleh penerbit, bukan janji-janji manis yang diucapkan oleh penerbit dengan menyebut persen-persen yang tinggi.

Penerbit mungkin menawarkan kadar 16%. tetapi 16% itu adalah daripada harga cetak buku, bukan harga jualan buku.

Ada penerbit menawarkan 12% daripada harga buku selepas ditolak diskaun kepada pengedar.

Adalah sangat penting penulis membaca dengan teliti terma-terma dalam dokumen perjanjian penerbitan sebelum menandatanganinya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Curi Buku, Pelakon Dipenjara Previous entry: Pemenang Minggu Ke-3 Peraduan "Baca & Menang"!
Imran Yusuf  on  12/24  at  09:13 AM

Assalamu’alaikum Puan,

Teringat saya ungkapan yang Puan sebutkan tenpuh hari iaitu, “Anak gajah lebih besar daripada bapa kucing…”

smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: