Apa Itu “Natural Translation”
Terjemahan yang nikmat dibaca adalah terjemahan yang bersifat 'natural'. Konsep 'natural translation' bermakna ayat-ayat terjemahan itu serupa benar dengan ayat-ayat asli bahasa kedua.
Jadi, berdasarkan konsep natural-translation ini, ayat greeting yang berbunyi "Good morning!" diterjemahkan menjadi "Apa khabar?" dalam Bahasa Melayu kerana begitulah orang Melayu bertukar-tukar 'greeting'.
Jangan terjemahkan "Good morning!" menjadi "Selamat pagi!" sebab itu bukan greeting orang Melayu.
Ayat phatic-communion adalah ayat 'cakap-cakap kosong' yakni kata-kata yang diucapkan oleh kerana kalau tidak diucapkan, kita berasa serba-tak-kena. Greeting adalah sejenis phatic-communion.
Sebagai contoh, jika saudara kebetulan berselisih di tangga pejabat dengan rakan sekerja, kalau saudara diam sahaja, saudara berasa serba-tak-kena, lalu saudara pun berkata, "Hendak ke mana?" Dia pun menjawab, "Keluar sekejap."
Kata-kata itu bukan aktiviti suka ambil tahu urusan orang lain. Kata-kata itu adalah phatic communion. Jadi, tidak boleh diterjemahkan menjadi "Where are you going?" dan "I am going out for a while."
Ayat phatic-communion ataupun ayat 'cakap-cakap kosong' dalam bahasa Inggeris yang berbunyi "Hi!" ataupun "Hello!" diterjemahkan menjadi "Apa buat tu!"
Dalam karya fiksyen terdapat banyak jenis dialog yang diistilahkah sebagai residual orality, yakni cakap-cakap yang sebenarnya tidak mempunyai makna teknikal. Dialog itu cuma mempunyai fungsi sosial semata-mata. Setiap bahasa mempunyai frasa-frasa kosong seperti itu.
Dalam bahasa Iggeris, sudah menjadi adat, perempuan tua memanggil orang muda dengan panggilan 'love'. "Good morning, love!", "Thank you, love!", "See you again, love!"
Ucapan-ucapan "Good morning, love!", "Thank you, love!", "See you again, love!" adalah fenomena residual orality, yakni cakap-cakap kosong: kata-kata yang tiada makna, cuma ada fungsi sosialnya, seperti bagi menyatakan terima kasih, ataupun sebagai kata-kata penutup interaksi, dan yang seperti itulah.
Justeru, jangan terjemahkan kata-kata dalam frasa kosong-makna seperti itu. Jangan peduli mahu menterjemahkan good-morning-love ataupun see-you-again-love. Gantikan sahajalah dengan ucapan yang serupa fungsinya dalam Bahasa Melayu.
Kata-kata kosong-makna "See you again, love!" boleh saja diterjemahkan menjadi "Jalan baik-baik, ya!" ataupun, "Datang lagi, ya!"
Antara fenomena residual-orality dalam Bahasa Melayu adalah greeting di kalangan orang Melaka yang menggunakan bahasa maki-hamun. Jangan terjemahkan kata-kata maki-hamun orang Melaka itu menjadi maki-hamun juga dalam bahasa Inggeris. Gunakan kata-kata greeting yang paling sopan dalam bahasa Inggeris.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Antara fenomena residual-orality dalam Bahasa Melayu adalah greeting di kalangan orang Melaka yang menggunakan bahasa maki-hamun. Jangan terjemahkan kata-kata maki-hamun orang Melaka itu menjadi maki-hamun juga dalam bahasa Inggeris. Gunakan kata-kata greeting yang paling sopan dalam bahasa Inggeris
Saya baru sahaja hendak tanya puan berkenaan hal ini, terimakasih kerana menjelaskannya,kawan-kawan saya yang dahulu berasal dari utara ada yang terperanjat dan terkejut bila saya bawa mereka berjalan-jalan dan makan angin ke Melaka.
“Engkau ada buat musuh dengan orang Melaka ni ke?” ada yang bertanya begini. Ha ha ha….
Assalamualaikum Puan,
Semasa saya membaca tulisan MGG Pillai yang diterjemahkan, memang perkara inilah yang dilakukan oleh penterjemahnya.
Kadangkala saya cuba membaca teks asal yang berbahasa Ingeris dan membandingkan dengan teks yang diterjemahkan. Apa yang saya dapati ialah saya terlalu terpengaruh dengan ‘Direct Translation’ sehingga gagal memahami mesej apa yang hendak disampaikan.
Apabila membaca teks terjemahannya, penterjemah menggunakan teknik ‘Natural Tranlation’ yang sangat hebat sehingga jelas mesejnya serta seronok untuk terus membaca.
Wallahu A’lam
Bercerita mengenai ‘terjemahan’, ramai tak tahu atau lupa tentang peranan penterjemah tak rasmi dalam siri-siri anime (boleh dipanggil fan-sub).
Mereka menterjemah siri-siri anime dari Bahasa Jepun ke Bahasa Inggeris dengan komitmen yang cukup mengkagumkan. Mereka bukan sekadar menterjemah supaya orang lain faham, malah mereka tahu serba sedikit budaya Jepun supaya ada sesetengah dialog diterjemah mengikut kesesuaian budaya itu.
Smaa seperti ‘Natural Translation’ di atas.
Lebih dari itu, golongan fansub ini TIDAK DIBAYAR satu sen pun, tetapi buat kerja dengan penuh komitmen.
Mungkin kalau mahu keluar produk terjemahan, cari manusia-manusia obses seperti fansub. Bukan sekadar buat kerja.
Post a comment