Monday, November 20, 2006

Apa itu Stock-check?

Salah satu tugas eksekutif perkhidmatan pelanggan adalah pergi ke kedai buku bagi menjalankan tugas stock-check atau semak stok.

Stock-check wajib dijalankan secara berjadual. Ia mesti dibuat secara berdisiplin, umpamanya seminggu sekali, 2 minggu sekali ataupun 1 bulan sekali.

Bagi rangkaian kedai elit, proses stock-check dilakukan dengan bantuan sistem komputer. Ini amat memudahkan para penerbit dan pengedar menyemak 'stock-level' setiap judul yang mereka bekalkan kepada rangkaian itu.

Bagi kedai-kedai indie, stock-check terpaksa dibuat secara manual. Kita sendiri perlu pergi ke kedai itu dan kira judul-judul buku yang kita bekalkan. Periksa judul yang sudah habis terjual, yang sudah kurang, dan yang tidak bergerak (tak laku).

Bagi judul yang habis dan sudah kurang, tambah bekalan baru.

Bagi judul yang tidak laku, ambil balik. Jangan terus dipamerkan di kedai itu. Ambil balik judul yang tak laku sebab ia dapat dihantar ke kedai-kedai lain di mana judul itu boleh laku.

Kerja stock-check termasuklah mengemaskan susunan buku-buku kita di rak-rak dalam kedai itu. Jangan berharap sahaja kepada pekerja kedai menyusun buku-buku kita.

Syarikat kecil lazimnya tidak mempunyai jumlah eksekutif khidmat pelanggan dan salesman yang cukup bagi menjalankan tugas-tugas stock-check secara berjadual. Alasannya adalah volume bisnes masih kecil, oleh itu belum mampu mengambil lebih banyak staf.

Tetapi, selagi jumlah staf jabatan jualan tidak ditambah, selagi itulah volume jualan sukar bertambah!
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Arahan Sifu! Mesti Hadir Kelas Tambahan Previous entry: Mengapa Buku Terbitan DBP Tidak Ada di Kedai
alang kelana  on  11/21  at  03:11 PM

“...selagi jumlah staf jabatan jualan tidak ditambah, selagi itulah volume jualan sukar bertambah..”

Ini umpama situasi telur dan ayam…hendakkan telur perlu ada ayam, hendakkan ayam perlu menetas telurnya…hendakkan telurnya perlu ada ayam untuk bertelur…
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.