Wednesday, September 03, 2008

Apa Kata CarrieKirana Tentang Penulis Novel Popular yang Popular

CarrieKirana blogger dan pengulas novel popular yang paling terkenal, pernah menulis dalam blog beliau tentang ciri-ciri penulis novel yang karya mereka laku keras dalam pasaran:

Petik: "...penulis best-seller mempunyai sifat-sifat ini:

1. Peramah dan suka berinteraksi dengan orang ramai.

2. Penampilan yang menarik, gaya yang sesuai dengan dirinya sendiri.

3. Berfikiran terbuka dan konstruktif, berminat untuk mengetahui respons pembaca supaya apa-apa kekurangan akan cepat diperbaiki dalam karya akan datang.

4. Tidak mudah berkecil hati, sebaliknya melihat setiap yang berlaku dari sudut yang positif.

5. Tidak mudah melompat dari satu penerbit ke penerbit yang lain.

6. Tidak banyak kerenah dengan penerbit dan editor. Mudah bekerjasama dengan penerbit dan editor, berbincang secara terbuka tentang apa-apa yang perlu diperbaiki baik dari segi cerita, suntingan dan kebajikan penulis untuk memastikan produk yang ditulis dapat memenuhi kehendak pelanggan. Dalam erti kata lain, penulis harus menjadi seorang 'team-player' yang hebat.

7. Memiliki senjata yang kukuh - kemahiran Bahasa Melayu yang tinggi dan bijak mengolah/memilih frasa ayat yang berkesan.

8. Mempunyai laman web/blog sendiri yang aktif - ini penting untuk menjana permintaan terhadap buku penulis.

9. Tidak besar kepala, tidak terlalu cerewet atau 'syok sendiri' - penyakit inilah yang selalunya akan membunuh karier kebanyakan penulis secara diam."

Nota: CarrieKirana adalah seorang eksekutif pengurusan di sebuah universiti tempatan. Foto hiasan CarrieKirana dengan Andrea Hirata disalin daripada blog beliau. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jualan Mula Menurun di Kedai Buku Agama Tradisional Previous entry: Tip Survival Kedai Buku: Memilih Lokasi Bagus
Fable Fox  on  09/05  at  03:29 PM

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...............

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: