Apa Kata Dr. Shaharir Mohamad Zain tentang ITNM
Kata mantan profesor matematik-fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Shaharir Mohamad Zain tentang Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), dalam interviunya dengan Aqil Fithri yang diterbitkan dalam akhbar SIASAH 9-15 November 2008 (ms43):
"...Rancangan ITNM untuk menterjemah karya-karya agung Melayu ke dalam bahasa Inggeris yang digembar-gemburkan beberapa ketika dahulu itu bolehlah dikatakan sebagai rancangan yang tidak berfaedah kerana sudah tiada karya agung kita yang belum diterjemah kepada pelbagai bahasa.
Sepatutnya institut itu menumpukan kepada penerbitan terjemahan karya-karya agung bangsa lain kepada bahasa Melayu sahaja, sebagaimana yang digariskan semasa penubuhannya dahulu."
Nota: Foto Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pengerusi ITNM.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment