Sunday, February 22, 2009

Sisipan: Krisis Perak - Apa Kata Mantan Hakim Mahkamah Rayuan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam krisis Perak hari ini, Sultan Perak telah memanggil MB Mohd. Nizar menghadap beliau bagi dimaklumkan bahawa Sultan tidak bersetuju dewan undangan negeri Perak dibubarkan.

Sultan telah berjumpa dengan Najib, kemudian beliau memanggil Mohd. Nizar bagi memberitahu Nizar bahawa beliau telah membuat keputusan tidak bersetuju dewan undangan negeri dibubarkan.

Menurut pandangan NH Chan, seorang mantan hakim Mahkamah Rayuan yang sezaman dengan Tun Salleh Abbas, Tan Sri Wan Sulaiman dan Tan Sri Haron Hashim, perbuatan Sultan itu silap besar (fatal error) disebabkan Sultan telah berjumpa dengan Najib sedangkan Mohd. Nizar tidak hadir dalam perjumpaan itu.

Adalah suatu kesalahan besar bagi seseorang bekas Ketua Hakim Negara dan Sultan, melakukan perjumpaan dengan satu pihak yang berkepentingan sahaja (Najib), tanpa kehadiran pihak yang satu lagi (Mohd. Nizar), sebelum membuat keputusan.

Dengan berbuat demikian, Sultan Perak melakukan kesilapan besar kerana beliau telah tidak melaksanakan keadilan (natural justice), disebabkan beliau telah membuat keputusan dengan hanya mendengar hujah satu pihak sahaja.

Baca lagi di blog airkosong.com.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa Meskipun Ekonomi Lembap namun PTS Terus Menerbitkan Banyak Judul Setiap Bulan Previous entry: Sisipan: KHAMIS 26 Feb Majlis Membakar Surat Aduan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.