Monday, February 25, 2008

Cadangan Tuan Syaizul Amal Tentang Blog-blog Penulis PTS

Semasa Tuan Syaizul Amal memberikan taklimat kepada lebih 30 orang Tim Editorial PTS tentang teknologi buku-HP, dalam taklimat itu beliau menyentuh isu bagaimana penulis-penulis PTS dapat memainkan peranan penting memasarkan buku masing-masing, baik yang versi cetak kertas mahupun versi buku-HP.

Beliau memberitahu bahawa beliau sudah menjenguk blog majoriti penulis novel remaja PTS. Sayangnya blog-blog mereka tidak digunakan dengan efektif sebagai alat pemasaran buku masing-masing. 

Lalu beliau mencadangkan penulis PTS mengasingkan antara (i) Blog rasmi mereka sebagai seorang penulis novel remaja, dengan (ii) Blog peribadi mereka.

Salah satu komen yang beliau berikan adalah begini:

Penulis-penulis PTS mempamerkan cover novel-novel remaja mereka dalam blog, tetapi entri-entri dalam blog itu adalah seputar kehidupan mereka sebagai orang dewasa.

Jadi, remaja yang meminati novel-novel mereka tidak mendapat manfaat daripada blog penulis itu disebabkan apa yang ditulis dalam blog itu tidak ada kena mengena dengan dunia remaja.

Klik di sini bagi melihat contoh bagaimana penulis ini, Puan Ain Maisarah, menggunakan blog rasminya bagi mempromosi dan berinteraksi dengan peminat-peminat berkenaan karya-karya beliau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Delegasi PTS ke Pesta Buku Islam Jakarta Previous entry: Dicari: Penulis Kisah Jibunsyi En. Apek
Firdaus  on  02/25  at  02:57 PM

Blog peribadi juga perlu ditulis dengan lebih teliti dan berhati-hati kerana orang akan Google nama penulis di internet. Kita tidak tahu blog mana yang akan dituju oleh pembaca terlebih dahulu. smile

.........................

Nota Sifu: Tuan Firdaus, bolehkah kita tahu apa maksud “lebih teliti dan berhati-hati” itu? Dan mengapa?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/26  at  02:46 AM

Assalamualaikum.

Semoga hari ini dan hari-hari yang mendatang akan lebih membahagiakan sifu.

Nampaknya selepas ini saya juga mahu mempunyai blog sendiri. Sebelum ini saya memikirkan apa yang mahu saya tuliskan di dalam blog jika sekiranya saya mempunyai blog sendiri. Saya sendiri kurang arif bagaimana untuk mencipta blog sendiri.

Firdaus  on  02/26  at  04:14 AM

Sifu, lebih teliti dan berhati-hati itu ada dua.

Pertama: Teliti dalam menulis di blog peribadi bermaksud menulis dengan Bahasa Melayu Tinggi. Juga mengelakkan kata-kata kesat.

Kedua: Berhati-hati dengan apa yang hendak disiarkan di blog. Elakkan kutuk-mengutuk dan perkara-perkara yang bersifat terlalu peribadi. Hendak tulis juga, gunakan nama samaran.

ICe  on  02/26  at  07:35 AM

Salam Sifu,
Blog kole kacang boleh dikira sebagai blog ‘fan club’ kah?

..................

Tuan ICe, tulis URL blog Kole Kacang setiap kali menulisnya, supaya pengunjung mudah klik. Ambil peluang mengiklankan blog itu di sini sebab pada hari Isnin dan Selasa pengujung UNIKA naik hampir 3000.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.