Monday, July 30, 2007

Apa Manfaatnya Belajar Teori dan Teknik Menulis Skrip Drama TV

PTS mendorong saudara belajar teknik menulis skrip drama kerana:

1. Apabila saudara tahu unsur-unsur yang wajib ada dalam skrip drama, saudara dapat memasukkan unsur-unsur itu dalam buku saudara. Ini membuatkan novel saudara mudah dialihkan menjadi skrip oleh penulis skrip profesional. Novel-novel Harry Potter ditulis supaya mudah difilemkan.

2. Apabila saudara sendiri menulis skrip drama, saudara mempunyai sumber pendapatan tambahan yang membolehkan saudara hidup sebagai penulis sepenuh masa. Contoh yang sangat baik adalah En. Meor Shariman, penulis siri novel remaja "Kembar Terpilih".

3. Apabila karya saudara didramakan ataupun difilemkan, jualan buku saudara akan naik.

Masyarakat sasterawan tempatan banyak kali menyuarakan kritikan bahawa karya-karya sastera tempatan yang dikatakan bagus-bagus tidak dialihkan kepada versi filem dan drama TV.

Dalam perbualan Sifu dengan Puan Sujiah Salleh dan Dato' Yusof Haslam, mereka menerangkan perkara itu berlaku disebabkan karya sastera yang bagus tidak semestinya sesuai dialihkan menjadi skrip.

Selepas mengikuti bengkel En. Martias barulah kita faham peri pentingnya para penulis kreatif mengetahui sedikit sebanyak teori dan teknik menulis skrip supaya sewaktu menuliskan novel ataupun buku-buku cerita, unsur-unsur yang diperlukan oleh penulis skrip itu sudah sedia dimasukkan dalam bukunya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Skrip TV dan Filem
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Mengapa Ceramah di PLKN Pelaburan yang Baik Previous entry: Laporan Bengkel En. Martias
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/30  at  12:39 PM

Assalamualaikum,

Saya harap selepas ini Pn. Sifu dapat adakan latihan penulisan “Journalism” pula. Bidang kewartawanan penting bagi umat Islam mengembangkan pengaruh mereka.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/30  at  12:44 PM

Assalamualaikum.

Sekiranya kita susuri kisah hidup JK Rowling pada permulaannya menulis Harry Potter, kebanyakan kita sedia maklum buku itu ditulis bukan untuk difilemkan. Seperti mana juga novel-novel lain yang sebelum ataupun sesudahnya.

Sebaliknya, tenaga kerja perfileman yang bertanggungjawab mencadangkan dan mengubahnya ke layar perak setelah mendapati ‘potensi’ yang ada pada sesebuah novel.

Potensi yang dimaksudkan adalah dari segi jalan cerita yang bermutu, idea baru dan asli (original), maksud yang cuba disampaikan sama ada tersurat ataupun tersirat, visual yang segar dan meyakinkan yang disampaikan secara naratif dalam sesebuah novel, watak-watak yang teguh, falsafah dan lain-lain lagi.

Bagi penggiat filem antarabangsa, ciri-ciri novel sebegini ini mencabar dan ‘menyeronokkan’ bagi mereka menggubahnya ke dalam medium visual.

Masyarakat pembikin filem menginginkan karya yang mempunyai kesan visual yang teguh (strong) dan mendalam.

Benar, karya-karya tempatan mempunyai unsur-unsur ini. Tetapi biasanya tidak seimbang. Naratif yang kuat, kadang kalanya tidak disokong oleh dialog yang kuat, dan begitu juga sebaliknya. Ini antara kelemahan karya tempatan (tidak semua).

Saya juga pernah terbaca komen-komen kurang senang daripada pengkarya asal setelah novel mereka difilemkan. Selalunya mereka akan mengatakan filem yang dihasilkan itu tersasar jauh daripada maksud yang ingin disampaikan dalam novel. Seterusnya membuatkan pengkarya-pengkarya hebat ini kecewa dan emosi?

Kenapa ini berlaku? Apakah tiada perbincangan antara pembikin filem dan pengkarya?

Ataupun filem yang dihasilkan itu langsung tidak mengikut landasan yang pernah dibincangkan? Apakah ini hasil daripada sikap orang Malaysia yang mahu semuanya ‘mudah’ dan kerja ‘last minute’?

Ataupun campur tangan pihak atasan sesebuah produksi yang inginkan filem mereka bernilai Malaysia (baca: komersial yang keterlaluan)?

Ah… adakah komen saya pula tersasar jauh?

.

mohamadkholid  on  07/30  at  02:11 PM

Saya pernah berguru dengan Puan Sujiah selama satu semester di ASK secara sambilan.  Satu perkara yang paling bermenafaat kepada saya ialah bagaimana hendak mencernakan satu cerita kepada pelbagai cerita.  Itulah kelebihan belajar menulis skrip drama…

.

bermenafaat (BMR - SALAH) = bermanfaat (BMT)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/05  at  07:06 PM

Saya sedang mengikuti kuliah Menulis Skrip Drama TV di UM sekarang ni. Saya sedang mengadaptasi sebuah cerpen Datuk Dr. Anwar Ridhwan kepada skrip drama TV. Pada hemat saya, untuk menghasilkan karya adaptasi, pengadaptasi perlu memahami karya asal terlebih dahulu. Dan, kreativiti dan kepekaan yang tinggi amat dituntut dalam proses ini. Satu hal lagi, karya asal perlulah bermutu.

Tapi karya adaptasi memang berbeza dengan karya asal kerana kita menggunakan seni visual.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: