Apa Manfaatnya Bagi Nama Besar Menulis Novel Remaja
Baru-baru ini kita berbual-bual dengan seorang sasterawan muda, lalu kita berkata kepadanya, "Tulislah juga novel-novel remaja awal untuk PTS - antara 8 - 10 tahun."
Beliau tidak berminat. "Noooo!" jawabnya.
Jika saudara sudah mempunyai novel-novel buat bacaan orang dewasa, tulislah juga novel remaja kerana ia banyak manfaatnya. Semai nama saudara di kalangan remaja, justeru apabila mereka besar dan dewasa nanti, mereka akan berminat membaca karya saudara yang berat-berat dan ditulis khusus untuk pembaca dewasa.
Melaburlah dengan meletakkan nama saudara dalam memori remaja, ia adalah pelaburan yang menguntungkan. Remaja yang meminati saudara semasa dia muda akan kekal meminati saudara sampai tua. Sekiranya semasa saudara remaja dahulu saudara sudah membaca Hamka, sampai sekarang saudara meminati karya-karya Hamka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Quote “Jika saudara sudah”
Saya ingin tekankan perkataan “sudah”. Saya berharap pihak tertentu membacanya. Sudah bosan terhimpit di antara dua ideologi berbeza.
Pepatah melayu mengatakan - gajah sama gajah bertembung, kancil mati di tengah-tengah.
Bercakap tentang ideologi, bukankah satu ketika dahulu ada nasihat tentang tulislah buku kecil-kecil yang besar untungnya?
Ah…. ideologi berbeza lagi - orang sama pula itu.
Post a comment