Apa Manfaatnya PTS Melesen “Tunnels”?
Apa manfaatnya "Tunnels" kepada bangsa, maka PTS melaburkan wang yang banyak bagi membeli lesen penterjemahan dan penerbitannya dalam Bahasa Melayu?
Apakah tidak ada buku-buku sastera remaja lain, yang lebih besar manfaatnya bagi diperkenalkan kepada remaja negara ini?
PTS memilih dan memperkenalkan Tunnels berdasarkan beberapa objektif:
(1) Dengan membolehkan Tunnels dibaca dalam Bahasa Melayu, PTS memberi peluang penulis-penulis yang tidak fasih membaca dalam bahasa Inggeris, tetap dapat membaca buku ini.
(2) Selepas membaca Tunnels, PTS mengharapkan penulis-penulis sastera remaja tempatan dapat menganalisis kekuatan dan kekurangan novel ini, dan dapat pula menghasilkan karya-karya fantasi original dalam Bahasa Melayu yang mengatasi populariti novel-novel remaja yang diimpot.
(3) Tunnels akan difilemkan, oleh itu PTS mengharapkan jualan novel ini akan melonjak-lonjak apabila filem Tunnels masuk ke negara ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Bilakah kursus penulisan yang paling hampir akan diadakan? Saya ingin menyertai kursus yang pihak Puan anjurkan.
Cikpuan Suria,
Taip “bengkel” dalam kotak search, nanti notis jadual akan muncul.
Bijak bijak. Kita bisnes dahulu
Pantas juga PTS. Biasanya novel yang akan difilemkan disambar orang lain dahulu.
Baguslah.
Post a comment