Apa Masalah Menteri Ini?
Menteri ini ada masalahkah dengan Mstar?
Mengapakah akhbar internet itu memilih foto buruk ini? Apa mesej editor Mstar?
Hari ini si fulan ini memberitahu isu istilah Bahasa Malaysia menggantikan istilah Bahasa Melayu sudah tamat.
Kita maafkanlah dia yang tidak tahu bahawa dalam dokumen Perlembagaan Malaysia, istilah ":Bahasa Melayu" itu belum ditukar lagi. Mana mungkin keputusan mesyuarat kabinet membatalkan perlembagaan.
Fulan ini bukan peguam, malah tidak masuk universiti pun.
Mudah-mudahan inilah penggal terakhir si fulan ini duduk dalam kabinet Malaysia.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Semasa sesi hari Sabtu di ASWARA, Sasterawan Negara S. Othman Kelantan mengatakan bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa rojak yang campur segala macam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil, Kantonis dan sebagainya.
siakap senohong
duri si ikan kaloi
tak cakap bohong
menteri cakap betoi
lurus bendul lurus botol
kata betul mengapa betoi?
Puanku Sifu,
Itu wajah kesayangan hamba, muahahahahaha! Mstar bengang kerana sehingga kini cuma dapat keluarkan versi online, bila boleh dapat permit edisi cetak mau lawan sama utusan..nak tunggu si fulan bertanduk? (tunggu tidak lama lagi adalah artis grafik berkan tanduk)
Amin.
Semoga doa puan dimakbulkan.
Terasa bodoh pula kerana bermenterikan si fulan ini. Pemimpin mencerminkan rakyat. Rakyat mencerminkan pemimpin. Betulkah?
Salam Puan SifuPTS
Sewaktu si fulan ini berkunjung ke Dubai sebelum jadi menteri penuh untuk promosi hadhari, kami balun dia cukup-cukup dengan soalan-soalan yang menaikkan darah dia. Cepat naik darah si fulan ini rupanya, macam muka dalam mstar itulah.
Cakap si fulan memang membodohkan minda mereka yang cerdik dan sedar, lantas kami patahkan hujah-hujah si fulan.
Antara soalan yang membengangkan si fulan ialah, “Apakah mazhab had-had hari ini membawa pengertian yang Islam original yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW tidak lengkap?”
Bertalu-talu soalan, akhirnya si fulan begitu defensif berkata, “Kamu semua ini tidak berterimakasih kepada ameno!” dan yang paling paling melucukan, “Tahukah kamu semua yang Hadhari ini telah dipakaiguna semenjak zaman Tunku lagi?”
Selepas insiden itu, kami tidak dijemput lagi apabila si fulan datang sebagai menteri.
Akhir 80han sewaktu krisis ekonomi, saya bekerja sebagai pelatih wartawan di Utusan, saya hanya sempat dua minggu, menyampah dengan si fulan ini yang nampak bencinya sangat dengan setiap yang berbunyi Islam....saya letak jawatan 24 jam, si fulan panggil masuk bilik. Katanya saya ada harapan besar untuk jadi wartawan besar kalau terus di Utusan....mungkin maksudnya pengampu besar!
Saya beritahu, “Saya mahu kerja dengan orang Cina....lagi baik!”
Begitupun, orang yang meletakkan si fulan ini di kerusinya sekarang lagilah kurang pandai!
Tak kuasa nak komen si mamak ni. Tak berbaloi! Kalau dikomen juga, penuh dengan caci maki.
Walau apapun, saya turut aminkan doa Puan… semoga dimakbulkan Tuhan.
Fulan ini adalah satu bala buat rakyat Malaysia.Dia ni sepatutnya dihantar ke pulau terpencil supaya dia boleh muhasabah dirinya!
Pelajar sekolah menengah pun tahu yang ada hanya Bahasa Melayu dalam sejarah bangsa Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.
Assalamualaikum Puan Sifu,
Apabila Puan menyatakan keputusan kabinet tidak boleh menggubal perlembagaan, baru saya teringat, “Betul juga.” Sekarang baru saya mengetahui betapa tidak cerdiknya golongan seperti ini dalam menjalankan amanah bangsa.
Mesej untuk si fulan:
Bahasa Melayu (BETUL)
Bahasa Malaysia (SALAH)
Saudara Imran,
Sebenarnya perkara ini tidak menghairankan kerana di Malaysia “urusan dipegang oleh mereka yang bukan ahlinya”. Sebab itulah banyak kelemahan kita termasuk pasukan bola dan dasar pembangunan ekonomi negara.
Nabi Muhammad pernah berkata, “Apabila diberi urusan kepada orang yang bukan ahli dalam hal tersebut, tunggulah saat kehancurannya.” Paku buah keras kepada si fulan dan orang yang melantik si fulan serta orang yang mengundi orang yang melantik si fulan ini. Allah jua yang Maha Hebar.
Aminnn…
Apa Masalah Menteri Ini? Sekejap ya, saya guna teropong P Ramlee. Nampak macam si fulan mengalami sembelit yang amat kronik.
Sudah terang lagi bersuluh apabila “Urusan dipegang oleh mereka yang bukan ahlinya”.Inilah jadinya.Nabi Muhammad dah kata dulu. Setuju sangat dengan pendapat saudara Saifuddin.
Post a comment