Wednesday, May 30, 2007

Apa Misi Buku Travelogue Melayu

Buku-buku travelogue dan panduan pelancong tidak ditulis dan diterbitkan secara inosen, yakni tanpa adanya agenda di sebalik bahan-bahan yang diterbitkan itu.

Pelancongan adalah industri besar. Bagi sesetengah kota dan negara, ekonominya adalah ekonomi pelancongan, seperti Monaco, Los Angeles, Venice, Bali dan lain-lain pusat pelancongan.

Maka, kita lihat penerbit buku pelancongan yang terbesar di dunia tidak menerbitkan buku panduan pelancongan ke negara-negara Islam, sedangkan mereka menerbitkan buku panduan melancong ke Israel. Tidak ada buku panduan melancong ke Indonesia, manakala ke Bali ada.

Buku-buku travelogue dalam Bahasa Melayu mesti mempunyai misinya sendiri.

Buku-buku travelogue Melayu tidak boleh terikut-ikut agenda buku pelancongan yang ada dalam pasaran, yang menggalakkan pelancong Melayu pergi dan membelanjakan wang mereka bagi memperkayakan lagi pusat-pusat pelancongan yang tiada kaitan dengan ekonomi bangsa-bangsa Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Travelogue
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bisnes Buku Apabila Tiba Musim Cuti Sekolah Previous entry: Menulis Buku Travelogue
Juwaini  on  05/29  at  11:31 PM

Apakah penulisan buku travelogue Melayu itu satu bentuk jihad ekonomi Islam? Atau barangkali golongan yang kurang mengerti akan mengatakan penulisan buku travelogue Melayu itu ada unsur-unsur chauvanisme?

Sdr Juwaini, bagi penerbit buku pelancongan Islami, yang penting adalah apa kata Allah.
——-

Alang Kelana  on  05/30  at  01:57 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Kalau kita menulis panduan melancung di dalam negeri-negeri Malaysia, PTS akan terbitkan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/30  at  03:06 AM

Assalamualaikum,

Betul itu, Puan Sifu… Umat Islam perlu menyelitkan misi dakwah dalam misi pelancongan.

Saya pernah merangka satu pakej pelancongan Islami khas untuk pelancong dari Eropah/USA/Korea/Jepun. Kesemua pelancong yang datang ke sini (bukan untuk rakyat tempatan).

Oleh kerana operasi saya tanpa lesen (zaman itu mau ada deposit RM300 ribu jika buka agensi). Maka operasi tanpa lesen ini dianggap haram oleh kerajaan tetapi dari kepercayaan saya setiap usaha dari titik peluh yang tidak memudaratkan diri dan manusia lain itu sudah halal. Ini sudah bab lain, boleh kita bincang di entri lain.

Agensi pelancongan walaupun yang diusahakan oleh muslim tidak menitikberatkan faktor pendidikan, faktor komisen itu yang jadi fokus. Pelanggan mereka terhad kepada urusan haji dan umrah sahaja.

Sedikit tip untuk yang ingin mengembangkan konsep yang telah saya lakukan dengan jaya dulu ialah.

1. Kemuncak atau timingnya ialah bermula bulan Ramadan. Strategi saya ialah pada bulan ini tiada kesibukan dengan pelancong tempatan, harga hotel turun.

2. Program berpuasa/berbuka dan bersahur. Ramai yang mulai rasa pengalaman berpuasa dan gembira mampu menghabiskan satu hari tanpa makan!

3. Lawatan ke masjid. (dua masjid saya gunakan semasa di Langkawi kerana AJKnya mesra pelancong. Ada jubah disediakan untuk wanita. Masjid yang menarik sekali ialah Masjid Al Hana dulunya sangat hampir dengan pantai.

4. Agenda tengok-tengok kampong dan alam sekitar.

Dan akhir sekali saya sudahi pakej itu dengan memberi arah mereka ke destinasi yang lebih menarik, (bukan KLCC atau mana mana kota kosmopolitan)tetapi ke Pantai Timur… hingga ada seorang daripada mereka kembali untuk kali kedua dan menceritakan pengalaman beliau mendapat “penghormatan” dari seorang pemimpin negeri yang berserban dan berjanggut sejemput. Beliau terkejut kerana seorang pemimpin negeri hidup seadanya!

Saya kira Tuan Guru lebih terkenal dengan pelancong asing daripada mana-mana pemimpin sekarang.

fudzail  on  05/30  at  08:39 AM

Puan SifuPTS,

Minta laluan, agak bersetuju dengan pendapat Sohibbus Samaha Sh, Sayyid Rastom al Attas Sekali.

Ramai kawan-kawan Arab di sini yang melancong (melencung pun ada) ke Malaysia sering kali bertanya, kenapa Tourism Malaysia asyik mempromosikan KLCC, Jenting (Genting), Sunway Lagoon, Penang, Langkawi. Langsung tidak masuk Kelantan misalnya, alasan diberi, antaranya tidak cukup prasana untuk menampung pelancong.

Ramai terkejut melihat masjid-masjid kita yang mempunyai senibina sendiri, malah bos besar saya tertarik dengan masjid terapung di Kuala Terengganu dan meminta saya mencari siapa arkiteknya untuk dibina di Pulau Palm.

Bukan semua Arab mahu membeli-belah sebab harga di Dubai lebih murah, mereka hendak juga tengok kampung-kampung kita.

Namun baru-baru ini bila Menteri Pelencungan berada di sini, teruk dia kena tibai oleh wartawan tempatan sebab kes-kes jenayah yang semakin meningkat di Malaysia, serta kes teksi menipu, kes kecurian, malah sebuah akhbar melaporkan besar2an mengenai isu ini.

Begitupun, usaha travelogue ini memang baik sekali, kalau baca blog-blog travelogue Melayu yang semakin banyak, mungkin PTS boleh editkan untuk proses pembukuan.

Wasalam.

Tuan Fudzail,
Dalam nota tuan di atas sudah ada bukti manfaat ekonomi pelancongan Islami kepada sesama Islam. Apabila boss tuan ke Kuala Terengganu, beliau melihat masjid terapung ilham Raja Bahrin, lalu beliau mahu memberi projek membina masjid terapung di Palm Island kepada Raja Bahrin!

Saya kenal seorang Dato’ kaya, yang baru sekali melancong ke Sumatera membawa kakitangannya pergi company-retreat, lalu sewaktu di sana beliau ternampak bakul ‘beg-tangan’ mengkuang yang halus buatannya, lalu beliau memesan 4 ribu bakul itu mahu dijadian bakul ‘berkat’ tetamu sempena majlis perkahwinan anaknya, ikut adat orang Jawa! Siapa untung? Pembekal mengkuang, penganyam mengkuang, pengusaha kraftangan di Sumatera itu. Produk mesra alam, lagi.

Jika beliau tidak melancong ke Sumatera, barangkali beliau menempah beg plastik ataupun beg kertas mahal. Siapa untung? Kilang plastik! Produk musuh alam, lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  05:51 AM

salam…saya anak muda yang berusia 23tahun,saya ada membuat perancangan untuk menggembara secara solo mengelilingi asia lepas itu ingin memasuki benua eropah dengan cara berjalan serta menumpang orang dari satu sempadan negara ke sempadan negara lain dan saya akan cuba mengelak dari menaiki kapal terbang sepanjang perjalanan itu, saya juga ingin menulis travelog saya bagi panduan pembaca kelak yang ingin mengembara ke tempat yang saya pernah lalui sebagai panduan.Jadi saya perlukan sokongan dari pihak penerbitan dari segi teknikal seperti kemera dan cara menulis yang berkesan untuk pembaca yang ingin mengembara serta mungkin bebearapa keperluan lain sepanjang perjalanan saya kelak.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.