Apa Nasihat Saudara?
Kita menerima emel ini:
Puan, saya ingin memohon pandangan puan jika puan tidak keberatan.
Saya seorang penulis dan penterjemah bebas yang bekerja dari rumah. Baru-baru ini, salah satu klien saya menawarkan saya menjadi penulis bagi coffee table book untuk sebuah agensi kerajaaan. Sebelum ini, saya pernah menjadi penulis storyboard bagi training manual agensi ini (dalam bentuk CD).
Semasa briefing di pejabat klien saya ini, saya diberitahu bahawa nama saya tidak akan tercatat sebagai penulis buku ini (yang dicadangkan ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diterjemah ke BM) yang akan diterbitkan dalam kedua-dua bahasa. Benarkah begitu? Adakah cara untuk saya meminta agar nama saya dimasukkan juga sebagai penulis?
Seperkara lagi, boleh puan beri sedikit panduan bagaimana untuk saya meletakkan harga bagi kerja ini? Saya tidak pernah memberi perkhidmatan untuk projek besar begini. Harap puan dapat membantu saya.
Terima kasih saya dahulukan atas perhatian puan. Wassalam.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualikum wbt.,
Saya cadangkan supaya dapatkan khidmat peguam. Sdra. Belalang boleh tolong agaknya.
——-
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Memang ada syarikat yang tidak mahu mencatat nama penulis dibuku sedemikian kerana tidak ingin menyusahkan diri dengan isu royalti kepada penulis. Juga dek kerana copyright akan dimiliki oleh syarikat/agensi. Memang itu perkara biasa. Ini bermakna penulis akan mendapat bayaran sekali sahaja (one-time job, one-time payment) dan menjadi seperti ‘ghost writer’ sahaja.
Sekiranya penulis ‘bertegas’ ingin meletakkan nama beliau dibuku tersebut, mungkin bakal pelanggan tersebut akan mendapatkan khidmat penulis lain.
Oleh yang demikian saya cadangkan penulis mengenakan bayaran yang setimpal harga memandangkan one-time payment sahaja (ya la, sekali ‘makan’ sahaja ni…).
Walau bagaimana pun, sekiranya bayaran yang dikenakan berpatutan dan pelanggan berpuas hati, besarlah kemungkinan ‘repeat business’, malah reference kepada agensi atau syarikat-syarikat lain. (‘Power of Attraction’).
Salam sejahtera;
Saya seia (atau seiya?) sekata dengan Datuk Sheikh.
Sdr telah ditawarkan untuk menjadi ‘penulis upahan’ bagi penerbitan agansi tersebut. Jika sdr setuju dengan syarat2 yang diberikan, sdr boleh terima dan berikan sebutharga. Jika mereka dengan sebutharga sdr, perjanjian dimeterai dan kerja dijalankan dan bayaran diuruskan.
Ia adalah amalan biasa. Nama, hakcipta dan sebagainya adalah menjadi milik agensi yang membayar. Jika sdr inginkan nama, kerja begini bukan untuk sdr. Jika sdr memeelukan wang, itulah kerjanya. Sekali lagi saya tegaskan, ia adalah perkara biasa. Ambil peguam hanya akan menghabiskan duit sdr. Perjanjian boleh dibuat dengan persetujuan bersama (atau dengan penasihat undang2 agensi tersebut) ia sudah memadai setelah perjanjian dimeteri. Biasanya contoh perjanjian terdahulu samada dari sdr atau agensi tersebut boleh dipakai.
Dari segi harga, sdr boleh anggarkan berapa hari kerja dan berapa caj sehari. Darab sahaja.
p.s Saya telah banyak kali lakukan perkara sebegini untuk pelbagai agensi, termasuk di luar negara menggunakan kaedah di atas dan alhamdulillah setakat ini tidak ada yang menipu dan nama tidak penting bagi saya
. Ikhlas mau ada.
Salam,
>>>Dari segi harga, sdr boleh anggarkan berapa hari kerja dan berapa caj sehari. Darab sahaja. Ini untuk penulisan.
Untuk terjemahan, kadarnya seperti kadar biasa menterjemah, ikut muka surat atau ikut jumlah perkataan.
Bagi saya kedua-dua caj hendaklah diasingkan kerana ia tugas yang berlainan. Jika hendak memberi kadar yang disatukan, perlu pertimbangkan, menulis boleh beribu-ribu perkataan sehari namun menterjemah ada had perkataan yang boleh diterjemahkan setiap hari. Oleh sebab itu bagi saya, lebih mudah jika diasingkan.
Siti Hajar
Assalammualaikum,
Terima kasih kepada Puan Sifu, Sdr. Kaharjalil, Alang, MBA dan Siti Hajar kerana sudi memberi pandangan dan bantuan. InsyaAllah ini sedikit-sebanyak membantu saya.
Terima kasih daun keladi!
-Penanya yang masih malu-malu
Post a comment