Apa Srategi Bisnes PTS di Sebalik Buku Doa RM4.00
Buku kecil Koleksi Doa Terpilih daripada al-Quran ini dijual pada harga RM4.00 di Semenanjung.
Semenjak 2009, PTS Islamika Sdn. Bhd. aktif menerbitkan buku-buku agama yang kecil dan murah harganya.
Dari sudut bisnes, apabila PTS mengambil keputusan menerbitkan buku agama yang kecil-kecil ini, langkah itu mempunyai beberapa kelemahan:
(i) Secara tradisional, pasaran buku agama yang murah-murah adalah didominasi oleh penerbit-penerbit Mamak.
Penerbit Mamak sangat efekttif dalam sektor ini, baik dari segi keupayaan mereka menurunkan kos produksi harga buku semurah-murahnya, mahupun dari segi luasnya network pengedarannya. Maka, sangat sukar bagi pemain baru seperti PTS bagi menceburi sektor ini. Namun PTS tetap memasuki pasaran ini.
(ii) Dari sudut kos pengurusan bisnes, menerbitkan buku-buku murah adalah pelaburan yang amat rendah ROInya (return of investment).
Jika wang yang digunakan bagi mencetak buku-buku murah itu digunakan bagi menerbitkan buku-buku yang lebih tebal dan lebih mahal, ROInya adalah lebik baik.
Namun PTS tetap memasuki sektor buku murah disebabkan ia adalah sebahagian daripada strategi bisnes PTS yang lebih besar.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment