Wednesday, April 22, 2009

Apa Sudah Jadi

Kelmarin, Mufti Perak Datuk Harussani datang ke Pesta Buku bagi suatu majlis pelancaran buku agama.

Sepanjang-panjang beliau berjalan antara gerai-gerai buku yang sibuk menuju ke dewan majlis pelancaran itu diadakan, tidak ada sesiapa antara orang ramai di kiri dan kanan laluannya yang sudi senyum kepada beliau, apatah lagi menghulurkan salam kepada beliau. Semuanya sama ada tidak mahu memandang ataupun memandang sahaja.

Pemandangan itu adalah luar biasa bagi seorang tokoh agama yang sangat terkenal di negara ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(21) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sudah Terbit Previous entry: Harlequin Mills & Boon Australia Memasuki Pasaran Bahasa Melayu Malaysia
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/22  at  12:57 PM

Itulah manusia kini. Kalau ada artis pula, pasti ada yang sibuk nak minta bergambar.

Dunia sudah terlabik.

Esa (Penulis Belajar Santai)  on  04/22  at  02:02 PM

Bagi yang mudah sangat membenci orang lain, melabel orang lain, bacalah buku 99Q Kecerdasan Berasaskan Asmaulhusna karya Sulaiman AlKumayi hlm 21-22 yang menukilkan kata-kata yang perlu diamalkan (berasaskan nama Allah, Rahman dan Rahim): Tuhan, jadikanlah aku alat kasihMu, Di mana ada benci- biarkan aku menebarkan cinta, di mana ada hati terluka, biarkan aku menjadi penghibur, di mana ada keraguan, biarkan aku menebarkan keyakinan, di mana ada putus asa - biarkan aku menebarkan harapan, di mana ada kesedihan, biarkan aku berkongsi bahagia, di mana ada kegelapan, biarkan aku memberi cahaya. Saya bersalam dan bermesra dengan Datok Dr Harussani. Mungkin orang ramai marahkan beliau kerana kes di Perak. Tetapi adakah kita lebih mulia dari Allah s.w.t. mahu menjatuhkan hukuman kepada seorang ulama seperti beliau? Tunggulah saat perhitungan Allah Maha Adil di akhirat kelak.

Web Sutera  on  04/22  at  02:05 PM

Sukar untuk menjawab persoalan ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/22  at  03:33 PM

inilah akibatnya klu ulama yg mengadaikan agama kerana habuan dunia..

rastom  on  04/22  at  04:02 PM

Kasihan dia. Sebelum ini juga berlaku terhadap mantan Imam Mesjid Negara yang terkenal dengan aksi tendang peti undi. Jadi kupang tembaga. Mungkin bakal beraksi sekali lagi di Penanti.

Drimba  on  04/22  at  04:41 PM

Mudahan ulama tulen seluruhnya diangkat menjadi pemimpin negara sikit masa lagi…............

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/22  at  04:51 PM

salam..sy pernah mendengar ceramah oleh Ustaz Budak Kelantan,,beliau mengatakan skrng ni ramai ulama tp nk jumpa yang punyai taqwa kepada ALLAH tu susah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  01:05 AM

Perghh…. sungguh hebat mengata mufti perak menggadai agama kerana habuan dunia! Itu pandangan kasyaf atau pandangan politik?

Bila buat salah dengan orang lain, segera minta maaf di dunia sementara masih hidup! Jika tunggu di Padang Mahsyar, takut tidak cukup pahala nak bayar dosa.

Bersorak Pope di Rome….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  11:13 AM

Salam semua,

Jangan mengukur SF Mufti Perak berdasarkan persepsi kita yang terbit daripada pengamatan diri sendiri.

Putar Semula;- apabila beliau mengambil tindakan-tindakan dan mengeluarkan pendapat bertentangan dengan establishment, seperti melarang Sdra Astora Jabat memberi ceramah di Perak, menegur program-program kerajaan yang bertentangan Islam pada pendapat beliau, menyebelahi pendapat kebanyakan ulama dalam isu DSAI pada tahun 1998-1999 dan sebagainya, beliau dianggap ulama yang perlu dihormati oleh satu pihak. Sedangkan khalayak Islam di Perak tahu bahawa beliau memberi nasihat dan teguran atas dasar ilmu dan amanah yang beliau pegang. Taraf jawatan beliau di Perak tidak terlucut malah di beri tempat dalam mesyurat EXCO negeri. Beliau ulama yang paling neutral pada pendapat saya. Ini diperakui.

Kini:- apabila beliau memberi pendapat yang tidak kena kepada satu pihak, dengan mudah beliau dlabel sebagai ulama dalam semak dan sebagainya. Kita dengan mudah dapat mengukur tahap kematangan fikiran dan niat khalayak di pihak ini. Politikkan segala-segalanya, termasuk Islam yang suci. Tidak siapakah yang mahu berusaha mengIslamkan politik ini?

Daripada sifat junjungan kita nabi Muhammad SAW, yang kita selalu mahu jadikan rujukkan itu, selain Tabligh itu, wujud juga bersama, fathanah, amanah dan tentunya sidiq.

Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  11:37 AM

Walau apa pun, hormatilah beliau selaku orang yang berilmu, siapalah kita jika hendak dibuat perbandingan. Mungkin beliau melihat sesuatu isu dari perspektif yang berbeza daripada kita. Manalah kita tahu. Utamakan bersangka baik kepada ulama’. Sekadar pandangan.ALLAHUAKBAR!!!
PAS FOR ALL

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  04:01 PM

Salam Puan Sifu,

Sesiapa bebas untuk memberi pandangan malah untuk mencari kesalahan ulama juga terdapat dalam metodologi ilmu islam. Itu tidak salah, kerana ulama juga manusia biasa. Contoh dalam bab fiqh dan hadis.

Maksudnya, jangan terlalu tertutup seseorang itu tidak pernah melakukan kesilapan. Pada pandangan saya mudah sahaja, kita perlu mengkritik pandangan beliau tapi jangan mengkritik malah mengejek peribadi beliau.

Pope tidak bersorak sekiranya kita mempunyai kebebasan untuk menilai dan memberi pandangan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  04:18 PM

Jangan menilai orang lain dan menyalahkan orang lain sedangkan kita sendiri tiada ilmu.
Nilai dulu diri sendiri

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  04:38 PM

Ini bukan bab hendak mengata orang bab apa-apa.
Tapi kalau nak mengukur manusia sama ada dia itu mukmin, munafik, fasik hanya melalui luaran or perbuatan yang boleh dilihat oleh mata.
Sebagai contoh mufti ini.
Di mana dia ambil dalil yang mengatakan orang kafir tidak boleh baca Al-Quran?
Ada sesaapa boleh tolong jawab?
Kalau tidak ada dalil mengapa dia keluarkan kenyataan macam itu.
Bukan kerana habuan duniakah?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  12:30 AM

Salam…

Bayangkan DR MAZA yang pi masa tuh….mesti ramai yang datang berjumpa beliau….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  01:58 AM

Terpulang pada aku nak tegur sapa ke, nak senyum ke, nak tanya apa-apa fatwa ke atau nak mintak ap-ape?? aku punya pasal lah..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  11:37 AM

Di dunia sudah nampak.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  12:38 PM

Petikan dari satu artikel. Klik di sini untuk artikel penuh.

“Kedua-dua tokoh ini (S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat) mempunyai hujjah dan alasan yang tersendiri untuk kebaikkan umat Islam di Malaysia. Kadang-kala pihak penyokong dan pengikut yang terlebih agresif dan ekstrem sedangkan para pemimpin mereka tidaklah sebegitu rupa.”

Semoga kita sentiasa mendapat hidayah Allah s.w.t. untuk menurut Ilmu bukan Nafsu. Wassalamualaikum Warahmatullah pada semua pembaca.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  04:02 PM

Mana perginya suara mufti perak pasal konsert sure heboh??
Yang dulunya beliau sendiri yang telah mengharamkan konsert ini.
Macamana sekarang sure heboh boleh diadakan di bumi Perak?
Siapa yang meluluskan?
Di mana institusi mufti di mana konsert ini pernah diharamkan oleh pihak mufti sendiri.

Kawe bukan anti mufti ok cuma kawe ingin perjelasan.

bdk mesir  on  04/26  at  12:19 AM

Salam.

Ana setuju sangat dengan artikel ustaz buluh macam Azmi Ahmad tulis di atas itu. [url]http://buluh.iluvislam.com/[url]
benda ini kecil sahaja…. tetapi sengaja dijadikan isu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/26  at  12:57 AM

MKriza,

Pandangan sudah tentu berdasarkan pengalaman dan ilmu seseorang, jangan kita menidakkan pandangan manusia dalam memberikan kritikan tidak kira siapa, jika rasa salah kritik saja, jangan dibiarkan terus merebak, syok sendiri.

Jika tidak cukup ilmu, tambahkan ilmu, kritikan juga sebagai salah satu instrumen ilmu.

amnikhassim  on  04/27  at  04:05 PM

Mungkin sudah ramai yang lupakan institusi ulamak. Tapi ramai orang-orang muda memang tidak tahu pun siapa Ustaz Harussani.

Saya tanya dengan para pelajar saya, depa siap tanya balik, Ustaz Harussani itu sapa? Mungkin yang dikenali hanya Ustaz Akhil Hayy dan yang kerap masuk TV sahaja.

Bicara mufti pun dibuat di awal pagi. Siapa yang hendak tengok? Sebab itu ulamak kurang dikenali.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: