Nona Manis Bertudung Labuh di Grai PTS
Foto-foto ini diambil di gerai PTS semasa Pesta Buku 2009 lalu.
Daripada saiz tudung yang mereka pakai, mereka adalah pelajar-pelajar sekolah menengah aliran agama.
Tahun ini banyak guru-guru sekolah agama dari luar Kuala Lumpur yang membawa pelajar-pelajar mereka datang dengan bas ke Pesta Buku.
Kita mendapat maklumat bahawa gerai PTS menjadi salah satu destinasi utama pelajar-pelajar itu.
Bukan mudah hendak mendapatkan kepercayaan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah supaya mengizinkan pelajar-pelajar perempuan mereka membaca novel-novel cinta.
Sekolah-sekolah agama mengharamkan novel-novel cinta di bawa ke sekolah. Malah di sekolah-sekolah biasa pun novel cinta dirampas oleh guru disiplin yang membuat pemeriksaan mengejut dengan membuka beg sekolah pelajar, terutama pelajar perempuan.
Pihak pengurusan sekolah mengharamkan novel-novel cinta di kawasan sekolah disebabkan mereka percaya membaca novel-novel cinta memberi kesan-kesan negatif kepada pelajar-pelajar perempuan.
Namun di PTS, pelajar-pelajar perempuan sekolah agama yang berkunjung tidak takut hendak membeli novel-novel PTS. Malah ada yang memberitahu ada ustazah mereka yang meminjam dan tumpang membaca.
Ini disebabkan novel-novel cinta PTS adalah novel-novel Islami, dan membacanya memperkukuh nilai-nilai murni yang ditanamkan oleh sekolah-sekolah agama.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment