Wednesday, July 11, 2007

Apabila Budak Kecil Membaca Buku Yang Ditulis untuk Bacaan Budak Besar

Saudara sedang terkial-kial hendak belajar berniaga dengan membuka syarikat sendiri. Patutkah saudara membaca buku-buku pengurusan bisnes yang ditulis oleh pakar-pakar Amerika?

Apabila saudara membaca buku-buku tulisan pakar-pakar pengurusan Amerika, ambil ingatan bahawa buku-buku itu ditulis bagi kegunaan para pemimpin korporat-korporat Amerika.

Saudara budak kecil. Saudara bukan pemimpin korporat ala-Amerika. Jangan telan bulat-bulat apa yang saudara baca dalam buku-buku itu.

Game budak kecil lain. Game budak besar lain.

Buku-buku pengurusan bisnes korporat menekankan peri pentingnya "kempen promosi". Maka saudara pun asyik memikirkan "kempen promosi".

Seorang anak Sasterawan Negara menerbitkan novel ayahnya. Kemudian beliau melakukan "kempen promosi" dengan membelanjakan semua sekali RM20 ribu wang grant dari kementerian bagi melancarkan buku itu di hotel besar serta mengundang menteri dengan harapan berita itu akan disiarkan oleh media. Kata orang muda-muda, "habuk pun tidak ada" kesannya pada angka jualan novel itu.

Hubaya-hubaya apabila membaca buku-buku pengurusan bisnes dari Amerika kerana buku-buku itu ditulis bagi kegunaan budak-budak besar.

Belum ada buku-buku pengurusan bisnes yang memberitahu peri bahayanya melancarkan "kempen promosi".

Nota: Nabi Muhammad tidak melancarkan kempen promosi bagi bisnesnya....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Bisnes
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Berlumba-lumba, Bukan Bersaing Previous entry: Mengapa Jangan Bersaing, Lebih Baik Flanking
 on  07/11  at  09:43 AM

Puan Sifu,

Bagaimana pula dengan kontroversi bagi membuat promosi?

Adakah ia sesuai dengan budaya dan agama kita?

Adakah strategi mencipta kontroversi dilakukan oleh Nabi Muhammad?
-----

 on  07/11  at  10:20 AM

Saya setuju sifu.

Itu strategi yang di gembar-gemburkan oleh saudara Razzi.

Hairannya saya, ramai yang setuju dan menyokong.

Nabi Muhammad ada berkata bahawa perang adalah muslihat. Jika kita fikir berniaga adalah berperang, mungkin bolehlah menggunakan kontroversi sebagai muslihat… barangkali! Ini kita perlu tanya ustaz.

Dalam suatu peristiwa, Nabi Muhammad setuju supaya apabila ada penduduk Mekah yang masuk Islam melarikan diri dan ikut kumpulan orang Islam, orang itu hendaklah dipulangkan kepada keluarganya di Mekah. Perkara itu mencipta kontroversi di kalangan sabahat-sahabat Nabi Muhammad.

Ada yang setuju, ramai yang tidak setuju.

Peristiwa kontroversi ini berlaku dalam zaman Nabi Muhammad masih berperang dengan penduduk Mekah.

 on  07/11  at  10:34 AM

Salam ceria Puan Sifu,

Adakah tujuan bagi promosi semata-mata tidak dibenarkan di dalam Islam ?

Bagi seorang penulis, promosi secara percuma lahir apabila dia mempunyai sifat peribadi yang baik dan sentiasa menyampaikan ilmu kepada orang lain. Nabi Muhammad mendapat publisiti yang meluas dengan mengekalkan sifat peribadi yang terpuji. Ia secara tidak langsung membuat pengikut percaya dengan apa yang diucapkan olehnya.

Ini hanya satu pendapat.

Nabi Muhammad melakukan “promosi” tetapi bukan “kempen promosi” sebagaimana yang kita diajar sekarang. Saya sangat setuju bahawa perniagaan beliau berkembang pesat disebabkan kredibiliti dan integriti beliau yang tiada cacat celanya.

RamLY Burger tidak melakukan kempen promosi.
Matsushita adalah gergasi pembuat pendingin hawa terbesar di dunia tetapi tidak melakukan kempen promosi.

 on  07/11  at  12:37 PM

Tidak semua buku tulisan Amerika ditujukan untuk korporat besar sahaja. Buku E-Myth misalnya, karya Michael Gerber memberikan penekanan kepada enterprise mikro dan kecil melalui contoh beliau tentang kedai kek.
Soalan saya ialah, tanpa promosi bagaimana bisnes mahu dikenali?

Ada dua istilah (a) promosi (b) kempen promosi. Undang-undang Inggeris (Malaysia mencontohinya) tidak membenarkan firma guaman, klinik dan hospital berkempen mempromosikan perniagaan mereka, termasuk membeli ruang iklan.

Nabi Muhammad mempromosi produknya, yakni Islam, tanpa melancarkan kempen promosi. Bagaimana beliau melakukannya, ini kita perlu duduk dan buat kajian.

 on  07/11  at  01:34 PM

Saya bersetuju, kita perlu membuat kajian. Sudah pastinya para ustaz dan Puan Sifu lebih arif. Insyaa Allah saya akan turut bersama membuat kajian berdasarkan ilmu yang seciput.

Ilmu yang seciput (ini BMR), yang terus menerus digunakan dengan konsisten adalah yang paling baik… (madah ustazah palsu).

 on  07/11  at  01:55 PM

Puan mohon maaf di atas keterlanjuran mengunakan BMR. Walau bagaimanapun perkataan apa yang paling sesuai bagi mengantikan ‘seciput’? Adakah perkataan sedikit sesuai mengantikan tempat seciput?

Semakin seronok jika mendapat tunjuk ajar.

Gunakan ‘sedikit’ kerana ia difahami oleh seluruh Alam Melayu.

Riduan Khairi  on  07/12  at  12:12 PM

Oh.

Sekarang saya mula faham apa itu ‘promosi’ dan ‘kempen promosi’.

Memberi kawan-kawan di bengkel UNIKA peluang merasa makan strawberi coklat buatan saudara adalah ‘promosi’. Bila hendak buat promosi lagi?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: