Monday, July 26, 2010

Apabila Cendekiawan Malaysia Berkomunikasi dalam Bahasa Asing

Foto menunjukkan keadaan di dalam dewan semasa seminar "Islam and Secularization" dilangsungkan baru-baru ini.

Ulamak besar yang bernama Ibnu Rushd adalah orang bangsa Sepanyol yang telah memeluk Islam pada zaman bumi Sepanyol dijajah dan diperintah oleh orang-orang Arab. 

Ibnu Rushd mempelajari bahasa Arab. Beliau menulis karya-karya agungnya dalam bahasa kaum penjajah tanah airnya. Maka karya beliau dibaca dan dibahas oleh ilmuan-ilmuan bangsa Arab, lalu beliau menjadi sangat terkenal di kalangan bangsa-bangsa Arab. Bangsanya sendiri tidak kenal langsung siapa Ibnu Rushd.

Nama ilmuan Sepanyol yang seagung Ibnu Rushd tidak dapat mengislamkan bangsa Sepanyol, waima keturunannya sendiri tidak tahu apa yang ditulisnya, disebabkan dengan tindakannya menulis buku dalam bahasa penjajahnya, beliau telah membiarkan bangsanya dan kaum keluarganya kekal dalam kejahilan dan kesesatan.

Bangsa Arab menjajah bumi Sepanyol selama 800 tahun, dan memberikan kepada rakyat Sepanyol suatu era keamanan dan kemakmuran yang sangat panjang. Namun rakyat yang dijajah itu terus kekal dalam agama Katholik sehingga hari ini.

Bandingkan dengan apa yang dilakukan oleh pedagang-pedagang Arab yang datang ke Nusantara. Mereka bukan ulamak agung. Tetapi mereka telah mempelajari bahasa Melayu, kemudian menterjemahkan kitab-kitab Arab ke dalam bahasa Melayu, lalu bangsa-bangsa Melayu membaca kitab-kitab terjemahan itu, lalu mereka memeluk Islam. Dalam tempoh kurang 100 tahun sahaja, habis semua puluhan kerajaan Hindu-Budha yang besar-besar (seperti Mataram dan Majapahit) dan yang kecil-kecil (seperti di Lembah Bujang, Kedah), di 12 ribu kepulauan Alam Melayu bertukar menjadi kerajaan-kerajaan Islam.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa Buku Laku Bertambah Laku Previous entry: Buku-Buku yang Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini
Web Sutera  on  07/26  at  02:24 PM

Sudut yang sangat menarik untuk ditaakul. Fakta sejarah juga releven.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: