Friday, February 09, 2007

‘apabila’ dan ‘bila’

bila = kata tanya waktu
apabila = sendi waktu


Bila air bah, mereka pindah. (SALAH)
Apabila air bah, mereka pindah. (BETUL)

Dia datang bila dipanggil. (SALAH)
Dia datang apabila dipanggil. (BETUL)

Bila kamu datang? (BETUL)
Sampai bila kamu mahu begini? (BETUL)

Bilakah agaknya kau akan kembali? (BETUL)
Bilakah lagi kamu mahu berubah? (BETUL)
Bilalah agaknya hujan akan turun? (BETUL)

Nota: Apabila menggunakan 'bila', ia mesti diiringi tanda soal (?)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Tatabahasa & Ejaan
(14) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dana Kerajaan untuk Industri Filem, Nasib Buku dan Sikap Media Previous entry: Ejaan 'g' dan 'gg'
MBA  on  02/09  at  01:20 PM

Bilakah masanya bila boleh bertemu apabila?
——-

Puan Ainon Mohd.  on  02/09  at  01:34 PM

Bilakah masanya apabila kau tidak lagi menolakku?

alang kelana  on  02/09  at  02:15 PM

“Bila larut malam… (tarakuca…tarakuca…)
Suasana sepi…..

MBA  on  02/09  at  02:44 PM

Bila-bilapun boleh, apabila tiba masanya

alang kelana  on  02/09  at  03:17 PM

“Bila larut malam… (tarakuca…tarakuca…)
Suasana sepi…..

alang kelana  on  02/09  at  03:19 PM

“Bila larut malam…
Suasana sepi…..

alang kelana  on  02/09  at  03:20 PM

Maaf Puan Sifu, saya ingin bertanya betulkah penggunaan ‘bila’ di dalam lirik lagu ‘Bila Larut Malam’ itu?

Puan Ainon Mohd.  on  02/09  at  09:58 PM

Bila malam larut?

MBA  on  02/09  at  11:03 PM

Bila malam larut? Apabila malam larut, hari menjadi siang.
Apabila garam larut, air menjadi masin,
Apabila gula larut, air menjadi manis.

Puan Ainon Mohd.  on  02/09  at  11:15 PM

‘Pabila larut malam (korus - BETUL)


Bila larut malam… (suara Saloma - SALAH)

alang kelana  on  02/10  at  09:48 AM

Bukit Maxwell > Bukit Larut

amiene rev  on  02/10  at  11:26 AM

oh… Saloma sudah menunjukkan teladan yang tidak baik.

la la la sambung study.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/28  at  02:26 AM

latihan tatabahasa

Anis Anwar  on  05/25  at  09:42 AM

Kalau perkataan bilamana ada tak?
Bilamana kau datang bersama tiupan angin bayu…..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.