Apabila Penceramah Agama Cuba Menulis Buku
Banyak penulis buku kemudiannya menerima undangan supaya menyampaikan ceramah, lalu akhirnya mereka pun menjadi penceramah. Sebagai contoh adalah kes Prof. Dr. Muhammad Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Johor, kampus Segamat.
Buku-buku yang ditulis oleh golongan ini adalah bagus, sebab mereka memang penulis, hanya kemudian mereka menjadi penceramah.
Banyak penceramah agama cuba hendak menulis buku sebab mereka tahu banyak manfaatnya apabila penceramah juga mempunyai buku-buku yang diterbitkan.
Apabila penceramah menulis buku, PTS kerap kali tidak meluluskan manuskrip itu kerana ayat-ayat dalam buku mereka serupa gayanya dengan ayat-ayat yang mereka ucapkan apabila menyampaikan ceramah.
Ayat-ayat ceramah agama di Malaysia lazimnya mengandungi banyak ayat-ayat kritikan dan ayat-ayat menggurui. Dua jenis ayat ini tidak disukai oleh pembaca buku. (Siapa pula yang sengaja mengeluarkan duit untuk dikritik dan digurui!)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ketika makan di restoran, kerap kali saya didatangi penjual-penjual buku agama. Buku-buku yang dibawa adalah tulisan penceramah-penceramah agama terkenal.
Tidak pasti ia benar-benar ditulis oleh penceramah tersebut ataupun tidak. Saya beli kerana kasihan kepada penjual.
Namun begitu, apabila membaca ayat-ayatnya seumpama mendengar ceramah. Seperti ia disalin bulat-bulat daripada ceramah.
Itulah pertama dan terakhir saya buka buku tersebut.
Sebenarnya kebanyakkan buku-buku yang ditulis oleh penceramah2 ini yang kononnya terkenal, bukan mereka yang tulis, tapi orang lain (penulis tak ternama) kemudian gunakan nama penceramah ni konon strategik pemasaran…. Ini perkara paling keji dan hina dilakukan oleh golongan yang kononnya terhormat ini. Jarang sekali seorang penceramha itu boleh menulis dengan hebat… bukan semua yang boleh dapat dua-dua.
Bagi orang yang biasa membaca, dia akan perasan perbezaan ayat-ayat yg digunakan dalam buku-buku hantu ini.
Penipuan seperti ini hendaklah dihentikan… publisher dan penulis seperti ini perlu diajar…
Saya puji PTS kerana telus dan tulus dalam hal ini dan tidak menernak “ghost writer” ehhh.. ingatkan SPR ajer pakai hantu publisher pun ader penulis hantu.. ish… syoknya jadi hantu noooo,....
salam sifu
Post a comment