Saturday, February 27, 2010

Apabila Banyak Penulis Baru Muncul, Penulis Lama Dilupakan

Salah satu fenomena yang lumrah berlaku dalam dunia penerbitan adalah, apabila penerbit mula menerima banyak manuskrip daripada penulis-penulis baru, maka mereka melupakan penulis lama yang satu masa dahulu telah menyumbang kepada kejayaan penerbit itu.

Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah:

1. Editor yang menertbitkan buku-buku penulis lama itu sudah berhenti kerja. Ataupun mereka sudah dipindahkan ke jabatan lain dan tidak lagi bertugas sebagai editor di tempat lama.

2. Editor yang ada sekarang adalah barisan editor baru. Mereka tidak mengenali penulis-penulis lama itu.

3. Pengurusnya pun sudah bertukar orang.

Fenomena seperti ini juga berlaku di PTS. Tuan Ikram Nor Wazir, pengurus PTS Millenia Sdn. Bhd. mengakui perkara itu dan beliau berjanji bagi tahun 2010 ini beliau sudah mempunyai rancangan akan menghubungi penulis-penulis lama PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terbaru Dari Taufiqurrahman al-Azizy Previous entry: Surat: Anugerah PTS

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.