Thursday, January 31, 2008

Apabila Penulis Ternama Saman Malu Penulis Tak Ternama

Kata pepatah, "Di hutan, pokok yang lebih tinggi lebih banyak mendapat angin." Maksudnya, orang ternama lebih banyak diperkatakan orang daripada orang kecil.

Dalam dunia penulisan pun begitu juga. Penulis yang bukunya laku keras akan menjadi penulis ternama, maka lebih banyak dia diperkatakan orang berbanding penulis kecil.

Penulis ternama amat sensitif apabila buku dan nama baiknya diperkatakan orang. Kalau kurang sabar, mudahlah dia terdorong mengambil tindakan ke atas orang yang mengkritik buku dan peribadinya. Apatah lagi apabila ada orang yang mengapi-apikannya.

Jika kita seorang penulis ternama, dengan foto wajah kita sudah menjadi ikon dalam kedai buku, dan kejayaan buku kita menjadi buah mulut pembaca buku, serta sudah terjual berjuta ringgit... seandainya ada pula pengkritik yang menulis memburuk-burukkan buku dan diri kita, apakah tindakan yang patut diambil ke atas pengkritik itu?

Majoriti orang pandai akan pergi menemui peguam dan meminta pandangan peguam. Tetapi, langkah itu belum tentu baik, sebab peguam akan nampak kes kita itu dari sudut wang. Justeru peguam akan memberikan harapan bahawa jika kita saman pengkritik itu kita boleh menang. Dia akan senaraikan banyak point di mana kita pasti boleh menang. Dia mahu supaya kita melantiknya sebagai peguam bagi kes menyaman pengkritik itu. (Baca buku Mark MacCormack: What Harvard Business School Does Not Teach You)

Sebagai orang ternama, kes saman kita itu mempunyai news-value yang tinggi. Jadi media akan melaporkan kes kita itu sebab cerita-cerita (buruk) orang ternama dapat melariskan jualan media. 

Laporan media perdana masih boleh tahan, tetapi media-media nyamuk akan mensensasikan cerita kita dengan secukup-cukupnya. Mereka akan laporkan semua yang buruk-buruk (dan busuk-busuk) tentang diri orang ternama, sebab yang busuk-busuk itulah yang laku. Yang busuk-busuk itu semua akan terkeluar apabila peguambela si pengkritik menyoal-balas kita demi membuktikan bahawa perkara-perkara busuk yang disebut oleh anak guamnya itu mempunyai asas kebenaran.

Proses perbicaraan akan menelanjangkan kita, sebab memang begitulah strategi dan cara kerja peguambela.

Wartawan dan pemberita pula berpuas hati kerana mendapat bahan human-interest bagi meningkatkan angka jualan akhbarnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Fail Buku Ini Sudah Siap Diproses dan Sudah Dihantar ke METADOME Previous entry: Tidak Suka Buku Budak Kecil
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/31  at  06:03 PM

Moral yang boleh diambil:

JANGAN MENGKRITIK ORANG. DOA YANG BAIK-BAIK PADA SEMUA ORANG YANG MENYAMPAIKAN SESUATU YANG BAIK KEPADA MASYARAKAT.

TIDAKLAH SAMAN YANG SAMPAI KEPADA KITA TETAPI PERKARA YANG BAIK-BAIK AKAN KITA DAPAT..

INSYAALLAH.

LEBIH BAIK BERZIKIR DARI MENGKRITIK KECUALI MENGKRITIK KEPADA SI BEDEBAH YANG MEMPERMAINKAN AGAMA ISLAM.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  01/31  at  06:54 PM

Bagaimana pula kes seorang penulis ternama AA menyaman penulis PTS RA?  Apa agak-agak kesudahannya?  Sebab dalam kes sebegini yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.

Sedih apabila keadaan sebegini berlaku dikalangan mereka yag berilmu.  Ada ketikanya mata pena itu lebih berbisa dari lidah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/01  at  09:12 AM

kerana mulut badan binasa
kerana tangan surat saman tiba

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/01  at  12:19 PM

Assalamualaikum Wbt Puan Sifu.

Semoga Puan Sifu sihat pada hari ini dan sampai bila-bila.

grin rasanya sudah lama saya tidak menaip apa-apa dalam unika ini kerana masa yang tidak mengizinkan. Ada juga beberapa isu undang-undang yang sekadar saya baca, tetapi tidak sempat memberikan komen atau berkongsi pendapat. Kali ini, insyaallah saya berkongsi sesuatu.

‘Penulis ternama saman penulis yang tak ternama’ - menarik tajuk ini.

Setiap parti yang dalam persengketaan mempunyai dua pilihan; sama ada selesai di luar mahkamah atau dalam kamar mahkamah.

Artikel di atas telah pun menerangkan baik dan buruknya saman menyaman dalam mahkamah.

Pada pendapat saya, sebaiknya sebarang persengketaan diselesaikan di luar mahkamah. Menjimatkan masa, tenaga dan wang termasuk juga masa mahkamah. Bukan semua kes, mahkamah akan terima untuk dibicarakan. Setiap fail yang didaftarkan akan diluluskan oleh pendaftar mahkamah dahulu, disusun mengikut prioriti dan tarikh berdaftar. (lazimnya kes-kes berprofil tinggi, melibatkan kakitangan kerajaan akan disegerakan dan alasan-alasan yang munasabah akan diberikan prioriti)

Sebagai contoh, A ada membuat kesalahan libel sama ada secara sengaja atau tidak di dalam blognya kepada B. Maka, B janganlah terus melulu terus berjumpa peguam dan mahu saman-menyaman. Nanti dulu….

kisah benar: 20 tahun lepas, pensyarah saya yang mengajar subject Law of Tort menceritakan pengalamannya dalam kes libel. Saya namakan sebagai Prof. A. Pada satu hari Prof A. sedang membaca sebuah majalah ibu bapa. Kulit majalah itu memaparkan gambar anaknya yang comel, 6 tahun sedang mengalas beg sebagai ‘cover girl’ dan di bawah gambar anaknya itu ada tulisan ‘anak yang menjadi mangsa cerai’. Anaknya yang masih kecil melonjak gembira kerana menjadi model pada usia yang muda. Tetapi Prof. A ternganga. Seakan-akan anaknya menjadi mangsa cerai. (Libel juga boleh terjadi sama ada dalam bentuk tulisan atau gambar atau simbol, contohnya. Gambar Hitler, Gambar Chin Pei, Gambar Draculla, kemudian gambar saya diletakkan bersama pada dinding penjabat. Secara tidak langsung ia memberikan gambaran saya orang yang tidak baik) Jadi, Prof. A pun berjumpa dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim (pengasas kuliyyah undang-undang UIAM, pernah menjadi hakim dan pengamal undang-undang).

Tan Sri menasihati Prof A, tidak perlu saman, lebih menjimatkan masa mahkamah, dan berunding saja dengan pihak majalah itu.

Prof. A pun menelefon pihak majalah, setelah berunding, pihak majalah pun minta maaf. Pada keluaran yang akan datang, pihak majalah membuat ruangan khas meminta maaf dan memberikan gambaran sebenar tentang ‘cover girl’ keluaran yang lepas.

Bukankah lebih mudah begini? Tidak perlu susah-susah turun naik mahkamah, buang masa mahkamah dan diri sendiri, buang duit pada peguam, mahkmah dan saksi (setiap saksi yang dipanggil, perlu dibayar) dan yang paling berharga, tiada persengketaan yang berterusan.

Rasanya, itu sahaja pendapat saya pada kali ini.

Sekian, terima kasih

rastom  on  02/01  at  04:34 PM

Lain ulu lain parang. Zaman Almarhum TS Ahmad Ibrahim masa adalah berharga untuk mahkamah. Zaman sekarang wang ringgit dan gelaran serta bintang jadi rebutan. Tun Suffian pun takut untuk dibicarakan jika beliau tidak bersalah, apalagi ikan bilis.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: