Apabila Penulis Tidak Sabar Menunggu Giliran, Lalu Kahwin Lain
Sebelum ini sudah beberapa kali Sifu menulis entri berkenaan isu dan risiko penulis-kahwin-banyak-penerbit.
Salah seorang penulis Top-20 PTS telah menyerahkan sebuah manuskripnya kepada sebuah penerbit kecil, yang juga sahabatnya sendiri. PTS pula memang kenal peribadi penerbit itu kerana salah seorang pengarah syarikat itu adalah bekas pegawai DBP.
Punca mengapa penulis itu hendak berkahwin dengan penerbit lain adalah disebabkan beliau tidak sabar hendak menunggu giliran di PTS. Beliau mahu bukunya terbit cepat, manakala di PTS, jadual penerbitan 2008 sudah penuh. (Buku chairman PTS pun dapat giliran November 2008!)
Maka sang penulis pun memberitahu PTS akan hasratnya yang mahu menyerahkan manuskripnya kepada sahabatnya itu, walaupun hati PTS berat hendak melepaskannya. PTS meminta beliau bersabar menunggu giliran, tetapi beliau tidak sabar.
Bagi PTS, buku beliau tidak boleh diberi layanan istimewa dengan mempercepatkan tarikh terbit bukunya. Jika PTS lakukan itu, bermakna PTS munafik, yakni mungkir janji, kerana semua penulis sudah diberitahu jadual terbit karya mereka. Jadi tidak bolehlan PTS anjakkan jadual orang lain semata-mata kerana hendak memberi laluan kepada buku penulis lain.
Apabila bukunya itu diterbitkan oleh isteri barunya, terbukti buku itu amat laku kerana isinya baik, namanya pun sudah terkenal di kalangan peminat buku. Buku itu akan diulangcetak kerana permintaan masih ada.
Mesipun bukunya itu laku, sang penulis tidak puas hati dengan wajah bukunya itu yang katanya, tidak cantik, dibandingkan dengan buku-bukunya yang dterbitkan oleh PTS. Jadi beliau hendak menarik balik bukunya itu dan menyerahkannya kepada PTS.
Keadaan ini menyusahkan PTS. Memang benar, sang penulis sendiri yang tidak puas hati dan mahu menarik balik bukunya.
Tetapi, disebabkan PTS sudah besar, orang takkan percaya bahawa sang penulis sendiri yang sengaja menarik balik bukunya itu dan menyerahkannya kepada PTS. Orang tetap akan mengatakan PTS yang mendorong penulis itu berbuat begitu disebabkan buku itu laku.
Jika PTS terima bukunya itu, imej PTS sebagai 'budak baik' tetap akan rosak. PTS akan dilihat sebagai budak tamak, walaupun sudah besar tetapi masih sanggup potong rezeki penerbit kecil.
Jadi, PTS mengajak para penulis berfikir dalam-dalam sebelum mencari isteri baru. Bukan hanya penulis susah, isteri tua pun susah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu,
Sudah habis ke ruang untuk manuskrip baru diterbitkan pada 2008 juga?
Saya tengah menyiapkan buku pertama sekarang.
Tuan Mr. April,
tengah (SALAH) sebab ia BMR (Bahasa Melayu Rendah)
sedang (BETUL)
Tulis buku tuan itu, jangan pedulikan jadual kerja PTS. Kalau sudah rezeki tuan, buku tuan akan terbit cepat juga!
Sifu,
Maaf lupa tentang BMT dan BMR.
Sekarang sudah peringkat akhir penulisan.
Terima kasih Sifu kerana memberikan motivasi dan kepada Tuan Editor yang sabar menanti.
Puan,
Saya ada satu cadangan. Apakata, jadual penerbitan PTS itu diwar-warkan kepada para penulis yang terlibat, saya fikir ini satu kaedah untuk membuatkan para penulis ( ehem!, dan pelukis, tentunya!) mengatur jadual berkarya mereka dengan PTS dengan cara yang lebih sihat dan profesional.
Ini hanya sekadar syor. Allahlah yang lebih tahu.
Aduh, rupanya bukan setakat top 10 ya Puan, hingga top 20 pun ada ya.
Kesimpulan cerita ini ialah dari PTS ke penerbit baru kemudian ke PTS semula. Begitukah susun ceritanya Puan?
Kalau begitu, boleh dimohon penerbit baru tukarkan sahaja kulitnya, atau sang penulis upah pakar grafik yang boleh memenuhi permintaan itu.
Seperkara lagi Puan, saya kira, jika pattern ini berulang-ulang, mungkin taklimat penulis perlu diberi sebagaimana dikatakan oleh Tuan Panah. Pertama kenalpasti anak syarikat yang mana berlaku pengulang pattern kecenderung penulis hendak lari, kedua kenalpasti apakah bentuk gerak kerja yang boleh diubah oleh kedua-dua penulis dan penerbit mengikut anak syarikat yang terlibat.
Sesama penulis pun bergosip-gosip. Situasinya, gosip-gosip berdasarkan agak-agak dan andaian. Ada kalanya penulis perlu diserapkan pemikiran penerbit juga, di situ baru timbul empati tugas mungkin.
Sekadar pandangan.
Post a comment