Wednesday, September 05, 2007

Apabila Puan Khalilah Cuti Sakit

Puan Khalilah Mad dan Puan Halimahton Ab. Rahman adalah 2 orang pegawai credit-controller PTS. PTS mempunyai lebih 400 buah pengedar, ejen, kontraktor dan kedai buku yang menerima supply buku-buku PTS.

Tugas pegawai credit-controller yang paling penting adalah menagih hutang. Tiap seorang, Puan Khalilah dan Puan Halimahton masing-masing meng-control credit 200 buah pengedar dan ejen PTS.

Sudah 6 hari Puan Khalilah cuti sakit disebabkan pembedahan batu dalam hempedu. Kutipan hutang bulan ini jatuh teruk!

Demikianlah pentingnya tugas menagih hutang.

Banyak orang yang tidak tahu bisnes buku menyangka paling susah adalah menjual buku. Bukan!

Menjual buku amat mudah. Mengutip hasil jualan buku adalah amat payah!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Konten Buku Mobile: Mencari Remaja Gila-Gila Game Previous entry: Buku Melayu dalam Kedai Buku Elit
mki  on  09/05  at  07:49 PM

Puan Ainon,
Salam sejahtera. Agaknya sudah sampai masanya untuk menambah bilangan staf di jabatan kawalan kredit.

Mungkin ada seorang lagi yang boleh menerima rezeki melalui PTS.
-----

 on  09/05  at  09:46 PM

Salam,

Semoga Puan Khalilah cepat sembuh.

Siti Hajar

 on  09/06  at  08:46 AM

Assalamualaikum semoga sejahtera ke atas Puan Sifu, ahli keluarga dan para mentee hendaknya.

Semoga Allah mempercepatkan proses penyembuhan Puan Khalilah agar dirinya, keluarganya serta pihak PTS dapat kembali ceria.

Besarnya tugas Puan Khalilah dan Puan Halimahton dalam memastikan PTS dan para mentee terus bernafas dalam meneruskan perjuangan.

zalisa  on  09/06  at  10:00 AM

Assalamua’alaikum puan,

Semoga Puan Khalilah cepat sembuh dan hutang kembali dapat ditagih smile

Fayhsal  on  09/06  at  10:11 PM

Salam Sifu,

Patut saya tidak dapat respons daripada beliau. Sememangnya peranan Puan Khalilah sangat besar buat PTS serta penjual buku indie seperti saya ini. Moga beliau cepat sembuh. Jemput lawat kegiatan saya menyambung inspirasi Puan dalam memandaikan bangsa: http://jiwamuda.blogspot.com/2007/08/pelancaran-saudagarbukucom_27.html

Fadzli Yusof  on  09/07  at  09:10 AM

Patutlah nampak Sdr Nazrul berseorangan. Maaf, saya tidak tahu pula. Saya sedang berdoa kepada ALlah yang Menyembuh, agar cepat-cepat pulih dan kembali bertenaga.

Mari bersyukur dengan kesihatan kita.

Zamri Mohamad  on  09/07  at  10:50 AM

Ya Allah, berilah kesihatan, kekuatan dan keceriaan kepada Puan Khalilah sekeluarga. Amin

 on  09/11  at  10:32 PM

Salam semua. Alhamdulillah, saya sudah mula bertugas sejak Isnin 10 Sept. selepas 2 minggu bercuti. Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan saya. Sekarang tengah sibuk menagih hutang yang tertangguh… Wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: