Wednesday, April 14, 2010

Apakah Item yang Dilindungi oleh Undang-Undang Hakcipta?

Katakanlah, pada suatu masa yang lalu tuan pernah menulis lalu mengirimkan dengan SMS sebuah puisi cinta kepada bekas kekasih tuan. Kemudian bekas kekasih tuan itu telah menyerahkan puisi itu kepada seorang pencipta lagu, lalu puisi itu dijadikan senikata lagunya.

Apabila lagu itu dirakamkan, nama bekas kekasih saudara ditulis sebagai pencipta senikata lagu itu. Kemudian lagu itu meletup dalam pasaran dan bekas kekasih saudara menerima beribu-ribu ringgit royalti daripada penerbit lagu itu. Perbuatan bekas kekasih tuan itu adalah mencuri hakcipta tuan. Tetapi bagaimanakah tuan mahu membuktikan bahawa senikata lagu itu adalah hasil karya tuan?

Undang-undang hakcipta melindungi semua jenis 'karya seni'. Tetapi apakah benda-benda yang termasuk dalam istilah 'karya seni'?

Dalam undang-undang hakcipta, apa-apa sahaja yang tuan tulis ataupun lukis, adalah karya seni, justeru secara automatis ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

Termasuk dalam karya seni adalah surat-surat peribadi yang tuan hantar kepada kekasih tuan melalui emel. Malah semua tulisan dalam emel dan SMS adalah karya seni dan dilindungi hakciptanya.

Semua tulisan yang tuan terbitkan dalam blog saudara adalah dilindungi di bawah undang-undang hakcipta. Malah semua tulisan dalam diari tuan adalah dilindungi.

Di bawah undang-undang hakcipta, tuan tidak perlu mendaftarkan karya saudara di mana-mana pejabat kerajaan bagi mendapatkan perlindungan hakcipta. Perlindungan itu diberi secara automatis.

Undang-undang hakcipta bukan melindungi hasil tulisan yang sudah diterbitkan sahaja. Semua tulisan saudara yang tidak diterbitkan tetap dilindungi.

Kesukaran berlaku apabila karya tuan dicuri oleh orang lain, iaitu apabila tuan hendak membawa kes tuan ke mahkamah. Makan tuan perlu membuktikan karya itu adalah karya tuan.

Maka simpan semua bukti yang dapat mengesahkan bahawa karya itu tuan yang menulisya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Testimoni Novel Islami Previous entry: PTS Menambahkan Judul Sastera Sains untuk Kanak-Kanak dan Remaja

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.