Thursday, September 08, 2011

Apakah Novel ‘Salina’ Karya SN A Samad Said Sebuah Karya Islam?

Pada masa ini banyak perbincangan berlaku berkenaan teori sastera Islami. Hasil daripada perbincangan itu adalah usaha mengenal pasti karya mana yang dapat diterima sebagai karya Islami dan bukan-Islami.

Karya yang tidak mematuhi syariah, dan dengan demikian tidak boleh diterima sebagai karya Islami mempunyai salah satu dari ciri-ciri di bawah, ataupun kesemuanya:

1. Karya itu mempromosi idea bahawa Tuhan tidak wujud.

Contoh karya yang tergolong dalam kategori ini adalah karya yang menyokong falsafah teori evolusi, yakni mood intelektual dalam karya itu mendakwa bahawa teori itu benar, ataupun boleh mencipta kesan ke atas pemikiran pembaca sehingga pembaca terpengaruh akan kemungkinan teori itu benar.

2. Karya itu mempromosi idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran dalam Quran dan hadith.

Dalam kes ini, karya itu menyokong falsafah-falsafah, ataupun pendapat-pendapat, yang tidak selaras dengan ajaran Quran dan sunnah.

Sebagai contoh karya itu menyokong dan mendukung pandangan bahawa politik dan agama hendaklah dipisahkan.

Jika dalam karya itu terdapat watak-watak yang berbincang tentang teori bahawa politik dan agama perlu dipisahkan, di mana ada watak yang pro dan ada yang kontra, tetapi hujah yang menolak teori itu dikemukakan dengan lebih kuat, maka karya itu boleh diterima.

Dalam contoh lain, jika karya itu mendukung idea bahawa sembahyang sudah cukup dilakukan dengan berniat sahaja, dengan mengemukakan hujah dan alasan yang memihak kepada idea itu, maka karya itu tidak boleh diterbitkan.

Dalam contoh lain, karya itu menimbulkan mood bahawa poligami adalah sesuatu yang mesti ditentang dan undang-undang hendaklah diadakan bagi menyekat amalan itu. Ataupun, karya itu menggalakkan isteri supaya jangan takut meminta cerai apabila menghadapi masalah rumah tangga. Malah karya itu menganggap isteri yang takut meminta cerai adalah perempuan bodoh.

3. Karya itu menimbulkan kesan psikologi dan emosi yang menyebabkan timbulnya keinginan mahu melakukan sesuatu yang dilarang oleh Quran dan hadith.

Contoh perkara yang dilarang adalah memberi rasuah, berjudi, meminum arak, mendedahkan aurat, menjalin hubungan cinta luar nikah, meminta cerai dan banyak lagi.

Sebagai contoh dalam karya itu terdapat babak-babak dan ayat-ayat, yang apabila dibaca boleh menyebabkan timbulnya perasaan berahi seks pada diri si pembaca, sehingga pembaca ingin merasai perbuatan yang bersifat seksual seperti dia ingin berasmara, ingin bercumbu-cumbu dan yang seperti itu.

4. Karya itu memberi kemenangan moral kepada si pedosa, yakni watak yang melakukan perbuatan salah.

Sebagai contoh, novel itu menceritakan watak peniaga yang melakukan rasuah berjaya hidup makmur dan kaya raya, manakala watak peniaga yang tidak mahu terlibat dengan rasuah mengalami kerugian dan kegagalan bisnes.

5. Karya itu memberikan status rendah kepada Islam, manakala agama lain diberikan status yang lebih tinggi dan mulia.

Sebagai contoh, dalam karya itu watak lelaki yang beragama Kristian berjaya meyakinkan kekasihnya yang beragama Islam supaya masuk Kristian, dan hasilnya pasangan itu berkahwin dan hidup bahagia.

Kembali kepada persoalan apakah novel 'Salina' karya Sasterawan Negara A Samad Said sebuah novel Islam?

Novel 'Salina' tidak mempunyai kelima-lima ciri di atas. Maka, apakah 'Salina' dapat diberikan label 'novel Islam' ataupun label 'novel bukan Islam'?

Allah jualah yang maha mengetahui.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana Penerbit Merancang Judul Buku yang Akan Diterbitkan Previous entry: Apa Itu 'Bulk Display'
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/09  at  08:11 AM

Puan benarkah pempromosian Islam Liberal semakin menyerlahkan kesan dari penyelewengan pendidikan sebagai institusi di dunia muslim hasil dari proses pencerahan.

Minta dibetulkan pemahaman saya, tatkala dilihat kekuatan kesan mentoleransikan kemajuan tanpa sempadan fikiran Munsyi Abdullah seakan-akan wujud penyogokan di bawah sedar untuk mencerahkan (meliberalkankah) fikiran masyarakat melayu agar di dalam menolak pendominasian inggeris pada waktu itu masyarakat melayu zaman itu juga diundang agar bertoleransi dengan tolak ansur diplomasi yag tinggi untuk menyebelahi penjajah (pada watak Tuan Raffles dan Kolonel Farquhar misalnya)

Kita berhadapan dengan budaya kompromi yang tinggi dalam menghayati semangat keintelektualan dengan menjadikan bina insan sebagai landas perolehan berpengetahuan.

Isunya ialah bukan kita yang menjadi punca pertindihan konflik ummah namun kelihatannya seolah-olah kita yang berdilemma dan berkonflik.

Ia membuatkan masyarakat awam seperti saya yang tidak berkelulusan terasa ‘terharu’ dengan semangat ilmu yang disalurkan ke tengah masyarakat setelah berakhirnya perang suci dan perang dunia.

Sedikit minta diberi endah mengenai kesediaan memberikan Google Chrome/Yahoo/Microsoft - MSN hak untuk melupuskan hak cipta sebagai harta intelek pengguna siber agak mengecewakan kerana pemahaman terhadap tawaran perkhidmatan percuma laman-laman software telah menjadikan ramai di antara kita kehilangan cara untuk berpendapatan.

Isunya ialah tidak wujud kontrak yang ditawarkan oleh laman-laman website ini untuk menjadikan wujud ikatan perundangan di antara pengguna dengan syarikat ini yang menjadikan upaya dibatal dan dituntut ganti rugi ke atas mana-mana catatan pengguna yang digunakan di luar pengetahuannya atau mana-mana tampilan aplikasinya yang diubah dipinda diterjemah yang menghilangkan keaslian catatan asal pemiliknya.

Dengan lain perkataan tanpa kontrak bermaksud tidak ada perjanjian yang saling dipersetujui.Jika begini keadaan dan stuasinya bagaimanakah catatan yang disalhgunakan itu boleh dituntut ganti ruginya?

Terima kasih memberikan perhatian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/20  at  04:47 AM

Salam Puan Ainon,
Saya setuju, Salina merupakan karya yang cukup hebat. Salina juga tidak mempunyai kelima-lima ciri di atas, TETAPI jika pekerjaan Salina itu sendiri sebagai pelayan & menjual diri walaupun apa juga alasannya kerana kemiskinan atau apa-apa juga, saya fikir novel ini tidak sesuai untuk diterbitkan semula melalui syarikat penerbitan puan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.