Tuesday, March 06, 2007

Apakah Perlu Sifu Mengadakan Bengkel Motivasi Kejayaan

Kepada mentee-mentee SifuPTS, apakah saudara berasa ada baiknya Sifu mengadakan sesi motivasi kejayaan?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(16) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jangan Sekali-kali Fikir Begini! Previous entry: Ekoran Cerita "UJANG": Patutkah Orang Seni dan Penulis Terjun ke dalam Kancah Bisnes
Fable Fox  on  03/06  at  02:05 PM

Perlu. Benda baik dan percuma, buat apa kata tidak…
——-

Puan Ainon Mohd.  on  03/06  at  02:17 PM

Sdr FOX,

Orang macam saudara tidak perlukan sesi motivasi! Saudara hanya perlu segera selesaikan jibunsyi saudara. Ada faham? (baca dengan bunyi stail Tamil).

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/06  at  02:43 PM

Sangat perlu. Meningkatkan tahap motivasi yang kadang kala turun dan naik tidak menentu.

omecool20  on  03/06  at  03:06 PM

Sangat perlu grin nak mendengar kata-kata Sifu sendiri.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/06  at  03:10 PM

Setuju sangat. Biar bermotivasi berapi-api.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/06  at  03:45 PM

Assalamualaikum warahmatullah,

Ketika berada berjauhan begini… UNIKA inilah menjadi pautan hayat bagi saya… cukup sekadar membaca kata-kata Puan Ainon setiap hari. Sama ada melalui email ataupun membaca entri di sini… bagi memotivasikan diri saya di sini…

Akan tetapi, sekiranya mahu dibengkelkan sessi motivasi… saya tersangat setuju… dan sesiapa yang hadir itu, sudilah kongsi-kongsikan segala ilmu itu dengan saya melalui email ini:

.(JavaScript must be enabled to view this email address)

NeenaUmi
Imaging Science & Biomedical Engineering Division (ISBE)
Stopford Building
Univ. Manchester
Lancs

Puan Ainon Mohd.  on  03/06  at  03:55 PM

Puan NeenaUmi,

Alaikumussalam! Apabila saya nonton weather forecast di Aljazeera, saya mesti tengok London berapa darjah, sebab saya teringat Puan di sana tidak tahan sejuk!

Puan, catatkan episod-episod yang Puan saksikan dan juga pelajari di hospital, dan jadikan itu bahan-bahan dalam novel Puan.

Masukkan sebanyak-banyak maklumat sains dan kejuruteraan dalam novel Puan itu.

Catat juga episod2 yang menarik tentang karektor2 dalam wad di mana Puan kini bertugas, baik doktor, jururawat, pesakit, penjaga kebersihan dan lain-lain. Jadikan mereka watak-watak dalam novel Puan itu.

Saya cadangkan Puan jadikan nama Puan sinonim dengan novel-novel yang settingnya di luar negara.

emio  on  03/06  at  04:24 PM

Ya! saya setuju.

Seperti para penjual MLM, perlu juga warga mentee PTS diberi semangat setiap waktu..  terutama saya..  hehehe

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/06  at  04:35 PM

Puan yang dihormati,

Saya rasa perlu. Kebanyakan penulis bekerja keseorangan.
Kalau mentornya Puan Ainon Mohd, lagilah perlu.

Fable Fox  on  03/06  at  05:51 PM

Quote “Sdr FOX,

Orang macam saudara tidak perlukan sesi motivasi! Saudara hanya perlu segera selesaikan jibunsyi saudara. Ada faham? (baca dengan bunyi stail Tamil).”

Ha..ha..ha.. teringat cerita tentang orang yang nak bunuh diri, disebabkan doktor kerajaan itu malas sangat, berlakukah perbualan sebegini.

P: Doktor, saya mahu bunuh diri.

D: umm.. hum….

P: Saya mengalami tekanan perasaan, depression.

D: umm.. hum…

P: Prescribe saya anti-depressant, dan saya akan berlalu pergi.

D: OK.

Ha.. ha.. ha..

Entahlah, sudah banyak buku self-help, positive thinking, motivation, mental health dan lain-lain (lateral thinking, speed reading) rasanya.

Tapi mengikut buku (ish, lupa pula tajuknya) persekitaran amat penting. Ada seorang kanak-kanak bermasalah yang dijadikan bahan eksperimen dengan menghantarnya ke sekolah terbaik di USA. Pelajar itu menjadi pelajar terbaik. Persekitaran amat penting.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/07  at  10:44 AM

Assalamualaikum Pn Ainon dan rakan-rakan yang dihormati

Pada pendapat saya, kursus motivasi ini sangat perlu. Apabila dalam sehari itu terlalu banyak perkara yang berlaku, seseorang akan mudah lupa ‘goal’nya. Maka motivasi boleh mengingatkan ‘goal’ itu. Terutamanya ketika ingatan tentang motivasi itu menerjah dalam fikiran ketika sedang mencari kekuatan melalui hari-hari yang penuh dengan cabaran.

Nota: Kadang-kadang teringat kata-kata dan mimik muka Puan ketika kursus-kursus lalu.

Zamri Mohamad  on  03/07  at  12:18 PM

Motivasi dan perancangan bekarya dari sudut bagaimana hendak membuat sasaran jumlah buku tahunan, berhadapan dengan perubahan secara tiba-tiba atau yang dimaklumkan oleh penerbit, sikap mereka yang negatif dengan penulis, merancang kewangan penulis, teknik mempromosi karya dan apa sahaja yang berkaitan smile

beluncas hijau  on  03/07  at  12:49 PM

Assalamualaikum,

Saya sangat bersetuju dengan motivasi ini. Dengan wujudnya ‘link-link’ hati kerana sering berjumpa, seseorang itu akan bersemangat menghabiskan projek-projek yang sedang dihabiskan dengan lebih cepat. Terutamanya apabila berjumpa mahaguru sendiri. he…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/07  at  08:37 PM

Perlu, perlu, perlu!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/07  at  08:52 PM

Assalamualaikum,

Saya sungguh terbuka kepada soal motivasi ini. Sesiapa pun perlu dimotivasikan. Dari sekecil anak hinggalah ke orang dewasa. Saya sendiri selalu motivasikan orang yang rapat seperti suami dan anak-anak.

Perkara ini berlaku bila ada rasa kecewa dan putus asa ataupun rasa hilang minat meneruskan usaha. Jadi kena dan perlu dimotivasikan.. saya sendiri pun..!

Semuga bengkel ini berjaya!

panaharjuna  on  03/08  at  06:52 PM

Saya fikir yang perlu adalah berita-berita yang boleh menaikkan motivasi. Ini kerana berita yang kecil pun kalau difahami maknanya akan mendatangkan keazaman yang sangat bererti seperti contohnya hari ini di ruangan buku, Buku bertajuk “Bagaimana Mengurus harta Pusaka” karya saudara Mohd Fitri Abd Rahman, dan diterbitkan oleh PTS telah disiarkan.

Saya fikir buku ini akan sangat memberi manfaat kepada orang ramai yang mempunyai masalah dalam mengurus harta pusaka. Terutama yang melibatkah hal-hal pembahagian harta pusaka. Saya sendiri sudah terfikir untuk memiliki sebuah.

Syabas Mohd Fitri.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: