Sunday, June 24, 2007

Apakah Trainer Perlukan Syarikat

Jika saudara sudah mempunyai buku, apakah saudara perlu mempunyai syarikat sebelum boleh mula masuk ke dalam pasaran training?

Ada trainer yang masuk pasaran sewaktu masih bekerja makan gaji. Apabila mendapat job, beliau ambil cuti, ataupun ambil job pada hujung minggu sahaja.

Apabila saudara buat kerja secara part-time, yuran yang saudara terima pun yuran part-time juga. Ini kerana pelanggan saudara mempunyai persepsi kualiti perkhidmatan saudara adalah kualiti yang sub-standard. Lazimnya saudara dibayar secara jam-jaman.

Ada trainer yang mendaftarkan syarikatnya dahulu, kemudian berhenti kerja, lalu terus 100% masuk pasaran dan tidak mahu toleh belakang lagi, sain mati, kata orang.

Ada trainer yang sejak keluar dari universiti, beliau terus terjun ke dalam pasaran, langsung tidak mahu makan gaji dengan sesiapa.

Ketiga-tiga cara ini semuanya boleh menghasilkan kejayaan mahupun kegagalan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesan En. Martias Mohd. Ali Previous entry: PTS dan Tali Politik
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/24  at  10:56 AM

Bila PTS nak bengkel di Kuantan?
Kasihan orang Kuantan!
——-

MBA  on  06/24  at  11:38 AM

Mr. April;

Kuantan-KL cuma 2 jam sahaja,
Orang dari Penang & JB pun sanggup datang KL.
Malahan orang dari Dubai pun cuti sebulan untuk datang kelas di KL

Kuantang Kemamang dekat jer.

wink

Fifi  on  06/24  at  06:17 PM

Assalamu’alaikum,

Semoga bondaku, Pn. SifuPTS berada dalam barakah Nya. Amin…

Anakanda inginkan jawapan dari searif-arif bonda, jika penyampaian bengkel adalah dalam Bahasa Melayu, adakah molek jika menggunakan modul “powerpoint” dalam Bahasa Inggeris?

Menurut kakitangan syarikat yang mengambil khidmat anakanda secara “freelance” mengikut jam-jaman, beliau menyuruh anakanda menukar modul dalam Bahasa Inggeris. Katanya tidak mengapa jika secara lingual menggunakan Bahasa Melayu. Dakwanya, modul dalam Bahasa Melayu akan mempamerkan keupayaan anakanda yang terbatas sekadar ‘itu’ sahaja.
Tetapi jika sebaliknya, itu menunjukkan kredibiliti anakanda dalam pendekatan secara dwibahasa.

Mohon jawapan dari bonda. Terima kasih.

p/s: wajib dengar kata “Sifu”, bukan orang kebanyakan!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.