Sunday, March 08, 2009

Apakah yang Ditakuti Pak Lah Terhadap Hishamuddin?

 

 

 

 

 

 

 

 

Pak Lah adalah Perdana Menteri Malaysia. Beliau adalah manusia paling berkuasa di negara ini.

Pak Lah mempunyai kuasa membuat apa-apa jua keputusan.

Pak Lah berkuasa membatalkan apa-apa jua keputusan yang dibuat oleh menteri-menteri dalam kabinetnya.

UNIKAPTS menggesa Pak Lah supaya menggunakan kuasa yang ada padanya bagi mengumumkan kepada rakyat dan negara bahawa kerajaan mengambil keputusan memansuhkan PPSMI serta-merta! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 6 Blogger Diheret ke Mahkamah kerana UMNO Hendak Menunjukkan Ia Menyokong Raja Previous entry: Tindakan Selanjutnya - Menghantar Memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/08  at  11:36 AM

Ayuh! Walau 100 das tembakan gas pemidih mata dilepaskan - lawan tetap lawan!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/08  at  03:14 PM

Perjuangan memelihara Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu bukan dengan ‘terkinja-kinja’ menghunus keris. Itu cara perjuangan zaman batu dan sudah lapuk! Hang Tuah pun tidak menghunus kerisnya tidak tentu hala seperti pengganas bersiri begitu!

Perjuangan menegakkan Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu ialah dengan menjaga, mempertahankan, melaksanakan dan memperluaskan dasar-dasar yang bermanfaat kepada Bahasa Melayu itu sendiri. Mewujudkan sebuah yayasan dan tabungan khas di mana tujuannya hanya memperkembangkan dan mengiatkan lagi pengunaan Bahasa Melayu. Tabungan tidak semestinya didanai oleh duit kerajaan semata tetapi juga oleh pihak swasta dan individu. Ia juga harus bersifat antarabangsa dan dikendali oleh pencinta-pencinta Bahasa Melayu. Ia bukan sebuah perbadanan yang didalangi oleh ahli-ahli politik ataupun dijadikan gelanggang sepak terajang oleh mana-mana ahli ataupun parti politik, biarpun perjuangan menegakkannya pada mulanya memerlukan percaturan politik!

Apakah si penghunus keris faham apakah ertinya sebuah perjuangan? Sekiranya sebuah parti politik orang Melayu tidak mampu lagi membela bahasanya sendiri…apakah sebenarnya yang mereka perjuangkan? Layakkah mereka berdiri bagi pihak orang Melayu lagi?? Siapakah yang diharapkan untuk berjuang menegakkan dan memelihara bahasa Melayu jika bukan orang Melayu?? SIAPA?? Tanyailah soalan ini kepada diri anda sendiri?

Keris yang dihunus itu adalah ‘Keris Melayu’ bukan ‘Pedang Arab’ atau ‘Pisau Belati Rusia’...kenapakah kita hipokrit?? Menghunus Pedang Melayu tetapi membunuh dengan Senapang Rifle? Janganlah kita menipu diri sendiri lagi…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/08  at  05:44 PM

hapuskan ppsmi

tokpepijat  on  03/08  at  05:47 PM

isu terkini PPSMI

Wartawan Segera!  on  03/08  at  05:54 PM

Assalamualikum Puan Ainon serta sahabat sekalian.

Sila ke blog saya untuk mendengar(Audio) luahan rakyat berkenaan isu ini.

Terima kasih

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: