Arahan bagi Tim Projek Antologi Puisi Cinta Islami
Jumlah puisi yang menggebu-gebu dengan emosi sudah cukup! Tidak perlu ditambah lagi.
Sekarang tuliskan daku puisi yang objeknya adalah benda-benda konkrit pula. Saya suka puisi "SEPASANG SEPATU BUAT HANTARAN KEKASIHKU" oleh Penyair KSI.
Tuliskan juga daku puisi yang menggunakan simbolisme karektor dalam al-Quran dan sirah nabi-nabi, seperti Adam, Hawa, Mariyam, Yusuf, Aishah, Khadijah, Fatimah dan banyak lagi....
Dan lambang-lambang dalam kehidupan dan percintaan di Syurga....
.
.
Sekarang tuliskan daku puisi yang objeknya adalah benda-benda konkrit pula. Saya suka puisi "SEPASANG SEPATU BUAT HANTARAN KEKASIHKU" oleh Penyair KSI.
Tuliskan juga daku puisi yang menggunakan simbolisme karektor dalam al-Quran dan sirah nabi-nabi, seperti Adam, Hawa, Mariyam, Yusuf, Aishah, Khadijah, Fatimah dan banyak lagi....
Dan lambang-lambang dalam kehidupan dan percintaan di Syurga....
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ingatlah….
Cinta agung cinta Rasulullah terhadap umat
Cinta suci cinta Khatijah pada Muhammad
Cinta indah cemburu Aisyah pada Khatijah
Cinta anak cinta Fatimah Az-zahrah pada Muhammad
——-
Maaf semua, sekadar masuk entri.
Dalam rindu kusujud
menyembah
mengintai janji cinta
lewat ayat-ayatMu
tika cinta mengalir
membasahi sekujur kalbu
kubaca surah at-TakwirMu
mengingat lingkaran objek
menjadikan nur hilang lenyap
jika kasihMu menghembus
kujelajahi surah al-Waqiah
menerima pasrah cintaMu
mendamba reda
Nota Sifu: Ini contoh puisi yang menggunakan simbol-simbol Qurani. Simbolnya sudah bagus. Bahasa puisinya perlu dipuitiskan lagi.
Cinta agung
Tatkala cinta
berhimbau kelampauan
lidahnya berzikir
urat nadinya sarat pujian
hatinya teriwayat citra;
pabila rindu tersenggol
sirah Muhammad meresap jiwa
rindu pada Khatijah
bikin Aisyah waham;
cinta agung
zikrullah membasah hati
merindu rahmat
umpan sekait
Nota Sifu: Saudara ini mempermain-mainkan sayakah? Kok ‘tersenggol’! Apa? Ini puisi senggol-senggolan!!#^$ Huh!
Maaf puan, mana ada niat nak mempermainkan Puan. Langsung tidak terlintas di hati, demi Allah!
Nota Sifu: Ya, baguslah saudara tidak mepermain-mainkan saya. Saya fikir begitu sebab bahasa puisi sdr macam puisi main-main.
Barangkali puisi saudara bagus dinilai oleh Sdr KSI yang terkenal dengan sikap ‘keras dan kejam’nya itu. Baru nanti sdr pandai menghasilkan bait-bait puitis!
Cinta agung
Tatkala cinta
berhimbau kelampauan
lidahnya berzikir
urat nadinya sarat pujian
hatinya teriwayat citra;
pabila rindu menggamit
sirah Muhammad meresap jiwa
rindu pada Khatijah
bikin Aisyah waham;
cinta agung
zikrullah membasah hati
merindu rahmat
umpan sekait
Nota Sifu: Apa ‘bikinbikin’? Itu bahasa P. Ramlee!
Puan Sifu, saya betulkan:
pabila rindu menggamit
sirah Muhammad meresap jiwa
rindu pada Khatijah
kalbu Aisyah waham;
Nota Sifu: Alaaaa…. ritma puisi saudara macam ritma perempuan menumbuk sambal dalam lesung batu laaa!
Sdr Web Sutera,
Cuba lagi. Cuba lagi. Sudah hampir mengena!
Nota Sifu: Kena tumbuk?.... (macam sambal)
Assalamualaikum,
Puan dan Saudara KSI,
Apabila saya siarkan puisi payung saya di UNIKA, Saudara KSI menegur dan mengatakan konotasi objek payung itu tidak baik. Oleh itu saya mohon disenaraikan objek yang bagaimana yang konotasinya tidak baik itu sebelum puisi-puisi ini ditulis.
Salam dan ucapan terima kasih saya dahulukan,
Siti Hajar
PILIH
Bangkit
bangkit
bangkit
wahai putera hatiku
yang sedang asyik dalam buaian
mimpi-mimpi palsu!
Ayuh!
Bersama alunkan lagu perjuangan
agar semangat jihad
menerjah
menikam dalam diri.
Biar
biar
biar bisanya menjalari
dan setiap titis darahmu merasai.
Jihad, syahid
jihad, syahid
hanya itu melodi indah di sini.
Pilih!
Bersamaku di kamar berduri
atau dibelai bidadari bermata jeli
abadi.
Ini adalah puisi pembakar semangat penyair yang sedang merudum! :D
BAYU BERBISIK SYAHDU
Saat kualunkan
kalimah puji dan puja
kepada Yang Maha Esa
rinduku makin mencengkam
menusuk ke dalam
rerongga hati
pabila bayu dinihari
berbisik tiba-tiba.
Bisikan kian melantam
ke dasar jiwa
dengan langgam syahdu
bagai turut mengirim
semerbak firdausi
dan lambaian bidadari
ke pesisir hati.
Pabila bayu itu berbisik
tergetar sukma
lantas kususun rindu
menjadi teguh imanku.
Mya Marja
19 MAC 2007.
Sdr Wanita,
Puisi jihad anda, indah dan syahdu.
Mati itu perkara pasti, namun sebaik-baik kematian adalah mati berjihad di jalan Allah. ALLAHHUAKBAR!
Mya Marja, teruskan. Hamba pun hendak teruskan juga, walaupun kena beduk oleh Sifu, hihihii..
Saudara Web Sutera,
Dahulu kita pun tidak pandai berjalan. Bukankah kita merangkak dan bertatih dahulu?
Namun, sama ada yang kita kirim itu mutiara ataupun sampah berkaca, biarlah Sifu tentukan. Hmm.. mari semarakkan bersama wangi puisi di taman ini! (wangi..? kalau tidak wangi..? ..semburlah minyak wangi…)
BUNGA-BUNGA PUTIH
Bunga putih
berbunga-bunga
kembangnya memekar harum
mewangi taman berkurun
walau ditiup angin
dibasah embun
teguh berdiri segar merimbun.
Bunga-bunga putih
putihmu menyirna kelam
mencerah siang.
Mya Marja
20 MAC 2007.
Saya pula mahu tahu, adakah puisi cinta hanya setakat puisi taraf rumah tangga sahaja. Tidak mahukah diglobalkan?
Untuk sdr Mya Marja dan Zalisa. Izinkan aku berpuisi walaupun puisiku tidak puitis. Dah sembur minyak wangi…
Kucari damai cintaku
Di sudut bait-bait ayatMu
kucari erti cinta
kucari makna rindu
kuhidu rasa indah
bersamaMu
Tuhan
kutelusuri firmanMu
lewat tafsir kataMu;
kujelajah kitabMu
suci indah
helaian bait cintaMu
bantulah hamba
pimpinlah daku
kucari damai
bersama cintaMu
Web Sutera
PERAHU (2)
Akulah perahu
sendiri
menanti waktu
detik janji
merenggut pasti.
Akulah perahu
menanti
takdir menghadir
tiada kupinggir
kusambut mesra.
Berhati rela
merunduk redha
mengenal takwa
meresap jiwa.
Akulah perahu
sunyi
memurni rasa
pada segala
janji-janiNya.
Mya Marja
21 MAC 2007.
Seorang kekasih pilihan tuhan
(Ainul Mardiyah)
Menanti dia berulit rindu
Kepada kekasih pilihan tuhan
Masih di bumi menentang musuh
Sedang diri dalam berpuasa
Mata merenung penuh rindu
Bersiap diri di persada suci
Bersalut permata tiada tandingan
Bergemerlapan menyerlah sirna
Para dayang usik mengusik
Sebentar lagi tibalah masa
Satu pertemuan dirancang tuhan
Bertemu dengan kekasih pilihan
Tetakan musuh mengakhiri
Satu penantian penuh debaran
Tersungkur ke bumi bersimbah darah
Mengalir suci diserap bumi
Seribu senyum terukir indah
Walau bibir kering retakan
Dek puasa sepanjang hari
Menangislah semua yang ditinggalkan
Terbanglah rohnya bertemu kekasih
Bidadari syurga bermata jeli
Disambut dengan seribu kemuliaan
Seorang kekasih pilihan tuhan….
LAYARKAN BAHTERA CINTA KITA
Bahtera cinta
yang kita bina bersama
dengan keringat sabar
dan cekal tawakal
bertiang iman
berlayarkan harapan
berkemudi pedoman
membelah badai duga
menerjah gelombang masa.
Kita layarkan ia
dengan padu kasih
tersimpul pada setia janji
pertama termeteri
pada akad lafaz
saat engkau bergelar isteri
dan suri hidupku.
Kita susuri pantai bahagia
dan mendakap pulau tujuan
destinasi pasti nan abadi.
Mya Marja
21 MAC 2007.
Hanzalah
Baju perang disarung
Sebilah pedang diselit
Jamilah memerhati tanpa bicara
Cita suami tak mungkin dihalang
Dakap peluk mengiringi
Bersama doa dan air mata
Melangkah Hanzalah tanpa menoleh
Melompat ke kuda mengejar pasukan
Cita syahid semarak membara
Menerjah musuh umpama
Singa buas kelaparan
Menyerang tanpa gusar
Bayangan syurga bermain di mata
Bergelimpangan gugur
Jasad berlumuran darah suci
Para syuhada tetamu Tuhan
Penghuni langit berpesta menyambut
Para malaikat berdatangan
Menatang bejana perak berisi
Air awan buat menyirami
Tetamu Allah bernama Hanzalah….
ez
Namun, sama ada yang kita kirim itu mutiara ataupun sampah berkaca, biarlah Sifu tentukan. Hmm.. mari semarakkan bersama wangi puisi di taman ini! (wangi..? kalau tidak wangi..? ..semburlah minyak wangi.dedicated servers
Apabila saya siarkan puisi payung saya di UNIKA, Saudara KSI menegur dan mengatakan konotasi objek payung itu tidak baik. Oleh itu saya mohon disenaraikan objek yang bagaimana yang konotasinya tidak baik itu sebelum puisi-puisi ini ditulis…
puisinya indah-indah ,izin copas ya
Post a comment