Arahan Sifu! Mesti Hadir Kelas Tambahan
Kepada semua mentee SifuPTS yang sudah dan sedang menulis karya kreatif masing-masing, kita akan adakan kelas tambahan pada Sabtu 25.11.2006 di Sekolah al-Ikhlas, jam 10 - 1 tengah hari.
Sifu akan terangkan (sekali lagi) perbedaan teknik TELLING dan teknik SHOWING. Ini adalah bagi memudahkan karya saudara difilemkan. Difilemkan!
Aduhai..... Stress! Stress!
.
.
Sifu akan terangkan (sekali lagi) perbedaan teknik TELLING dan teknik SHOWING. Ini adalah bagi memudahkan karya saudara difilemkan. Difilemkan!
Aduhai..... Stress! Stress!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Filem?
——-
Sabtu ini jatuh pada hari Sabtu saya bekerja, tetapi saya akan ambil cuti, kerana mesti menghadiri bengkel…(kelas tambahan) ini…
Arahan Sifu! Mesti Hadir Kelas Tambahan
Ini memang petanda-petanda stress yang bukan sahaja menegangkan otot-otot dan saraf malah menimbulkan simbol tanda seru dalam ayat.
25 november, kelas tambahan U.P.S.R (maksudnya Untuk Penulis Siaplah Ramai-ramai!)... Kena hadir jugalah, insya allah
Saya boleh pergikah?
Sdr PEZUL, sdr wajib hadir. Hantar sinopsis segera!
Maaf, saya tidak dapat hadir. Ada kenduri di kampung. Kenduri aqiqah keluarga kami…
Sinopsis mengenai cerita fantasi itukah? Buat masa ini Sifu yang di hormati, saya mahu tulis untuk PTS one kerana saya ini seorang yang sedang mahu belajar menulis. Mengenai Jibunsyi itu saya tiada kemampuan untuk membuatnya. Kerana kesedaran dari hati bahawa saya masih belum layak menulis karya Jibunsyi yang amat hebat itu.
Bagi saya, Jibunyi adalah sebuah karya yang terlalu jujur menceritakan kisah kehidupan. Saya masih belum ada lagi kejujuran itu. Tetapi saya yakin bekas guru saya sedang atau telah menyiapkan sinopsis Jibunsyi. Siapa bekas guru saya yang juga sama-sama mengikuti bengkel Jibunsyi itu?
Jawapannya: Rahsia….
Alhamdulillah,permohonan cuti saya telah diluluskan.
Jumpa di bengkel sabtu nanti..
Saya harap Sifu yang di hormati dapat menenangkan diri, kerana ia mungkin akan menambahkan teruk pada tekanan darah Sifu. Apapun saya perasanlah yang Sifu dan suami banyak menulis buku cara berfikir secara kreatif.
Sekarang ini pun saya sedang membaca buku berfikir kreatif tulisan seseorang yang saya kira amat bermaklumat untuk menjana pemikiran kreatif di mana ia merupakan tunggak utama dalam pembikinann karya kreatif( maaf jika tulisan saya ini menyampah untuk di baca,maklumlah….)
Salam sifu,
Ada apa-apa yang perlu dibawakah cth: sinopsis, bab terkini disiapkan, contoh petikan karangan, dsbg? Kelas kali ini dalam bentuk bengkel @ ceramah? (semoga soalan ini tidak menambahkan beban tumpu pada sifu lagi)
Sdr ICe, bawa buku nota besar!
Mana sinopsis. Segera melkan kepada saya!
Puan Sifu,
Saya memang amat teringin untuk hadiri semua bengkel yang PTS anjurkan, namun tidak mampu sebab jauh di KL. Kalau dulu saya akan tetap pergi walau berapapun kosnya. Sekarang tidak boleh keluar dari Kuala Terengganu sebab ibu saya sakit. Saya kena tukarkan lampinnya setiap hari, pagi saya jaga, petang abang saya dan isterinya akan mandikan. Jadi, keadaan amat tidak mengizinkan.
Saya harap saya tetap akan dapat ilmu itu melalui kaedah lain, kalau-kalau ada penulis-pemnulis lain yang sudi berkongsi. Terma kasih.
menghantar nota bengkel melalui emailkah?
Salam,
Insya Allah, saya akan cuba hadir, tapi mungkin perlu minta izin keluar dari kuliah awal…kebetulan hadir kenduri kahwin student Masters saya di Shah Alam, boleh ya?...sambil itu… jenguk cucu! Petang hari terbuka PTS di Batu Caves, saya tidak dapat hadir. Pada mulanya, hajat di hati mahu hadir di Batu Caves, tapi kuliah lebih penting. Tidak mengapalah Puan Ainon ya? Sudah jumpa pada pagi semasa kursus. Cuma mungkin suami saya mahu jumpa Prof. Emeritus sebab sudah bertahun tidak berjumpa kawan lama di USM dulu…bagaimana ya?
Sdr Norjihan, jaga bonda sdr, itu adalah lebih afdal daripada datang kursus saya. InsyaAllah, suatu hari nanti akan dapat juga ilmu itu. Saya pun pernah menjaga arwah ayah yang lumpuh dan bisu akibat stroke yang parah, selama 3 tahun, jadi saya sangat faham bagaimana dedikasi sdr sangat diperlukan oleh bonda sdr dalam keadaan beliau amat lemah. Sungguh sdr anak yang solihah!
apa pendapat Sifu tentang habis madu sepah di buang
Sdr Faizul, apa hal pula timbul madu dan sepah?
Puan Ainon,
Insya Allah, saya akan hadir setelah selesai menanda kertas peperiksaan akhir. Bolehkah anak saya, (9 tahun) ikuti kursus ini sekali? Nampaknya dia berminat menulis juga dan sudah mula menulis blognya sendiri.
Assalamualaikum Puan Nazhatulshima binti Nolan.
Em, sungguh ironis, entri mengenai arahan kuliah tambahan boleh ada Diskusi melebihi 20 posting,...para mentee semua memang prihatin dan peka…jumpa di sana,..sana,...sana…!!
Anak saya umur 11 tahun juga ada blognya sendiri…
Puan Shima, bawalah anak puan itu! Bukankah beliau peminat setia novel-novel remaja PTS? Layaklah beliau diasuh sejak muda supaya menjadi penulis PTS yang ngetop suatu hari nanti.
ngetop(pencemaran bahasa)
Post a comment