Saturday, July 28, 2007

Artis Sebagai Duta Buku

Ada penerbit baru masuk padang buku sedang mengupah penulis hantu menulis manuskrip novel cinta popular untuk diterbitkan di bawah nama 3 orang artis yang sedang naik nama mereka sekarang.

Novel-novel itu ditargetkan kepada remaja yang meminati ketiga-tiga artis itu. Andaiannya adalah peminat mereka yang ramai akan berminat membeli novel-novel itu.

Setiap novel itu akan dicetak 10 ribu naskhah.

Apa pendapat saudara? Adakah strategi pemasaran menggunakan artis sebagai duta produk dapat melariskan jualan novel-novel itu?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Islam untuk Bukan Islam Previous entry: Teknik Menggambarkan Ketampanan Lelaki dalam Surah Yusuf
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/28  at  09:13 PM

pendapat

mungkin kalau totally buku itu ditulis oleh penulis hantu dan menggunakan nama artis bagi melariskan jualan, bagi saya tak profesional tapi kalau artis tu sendiri ada idea yang boleh diadaptasikan menadi novel mungkin lebih baik..tapi lepas ni ramailah penulis hantu yang cepat kaya kerana jualan buku yang laris seperti jualan album…

kalau produk kecantikan, telefon, simpack, barangan elektronik, kereta dan dll semuanya menggunakan artis maka produk mereka cepat laku, memang benar ia boleh berjangkit ke dalam industri buku…yang penting ramai lagi lepas ni orang nak jadi artis because ” money is everything “. ( sesetengah orang berfikir demikian )

.

Baiki sistem ejaan Cikpuan. Mahu jadi penulis mesti pandai mengeja.
——-

rastom  on  07/28  at  09:55 PM

Puanku Sifu,

Sepanjang pengalaman saya dengan artis (ketika temubual di radio) ada beberapa kategori artis yang mampu dipasarkan begini.

1. Artis cerdik, berilmu dan punyai perspektif mengenai isu isu.

2. Artis yang tidak tahu apa apa, cuma lagunya sahaja.

Cukup sekadar menyebut dua nama untuk mewakili langit dan bumi. M. Nasir, anda boleh tanya pelbagai soalan dari A ke Z. Awie, jangan ditanya lain dari bab lagu. Erra Fazira, hehehe jangan tanya apa-apa langsung… hehehehe.

Jika artis tersebut orang yang tidak membaca, dan kurang pendedahan, maka akan terbongkarlah nanti banyak perkara bila dibuat sesi soal jawab dengan pembaca.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/29  at  01:18 PM

Assalamualaikum Pn. Sifu
Penerbit dan artis akan rugi jika projek penulisan seperti itu dilaksanakan. Lambat laun orang ramai akan tahu tembelang mereka.

Tindakan mereka itu lebih merupakan satu pembohongan sastera yang jijik dan memalukan serta menjatuhkan martabat bahasa Melayu dan bangsa Melayu itu sendiri. Kepada penulis hantu itu sedarlah, bayaran yang anda terima tidak halal dan tidak akan diberkati Allah.

Wassalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/29  at  01:23 PM

(sambungan..)

Jika benar artis ingin menulis novel apa salahnya jika mereka menulis bersama dengan penulis profesional. Ataupun nyatakan idea asal oleh artis dan ditulis semula oleh Pn. Sifu contohnya…bukankah lebih bagus.

xara  on  07/29  at  06:56 PM

Puan, saya biasa melihat remaja sekolah, wanita kilang dan suri rumah membeli dan membaca majalah picisan, terutamanya yang berorientasikan hiburan. Mungkin buku-buku sedemikian akan menarik minat mereka untuk membelinya. Semakin terkenal seseorang itu, semakin laku bukunya. Buku Ina Naim begitu terkenal, sehingga ada orang yang sanggup menerbitkan buku versi kedua secara cetak rompak.

Katalah, tiba-tiba muncul seorang artis yang jauh lebih terkenal, buku-buku tersebut akan kehilangan momentum jualan, kerana peminat beralih arah. Jualan seperti ini, sangat berisiko.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: