Saturday, December 13, 2008

Asal-usul Bahasa Jepun Modern

Bahasa Jepun, seperti bahasa Melayu, adalah bahasa feudal, di mana golongan istana menggunakan bahasa yang berbeza sedikit daripada golongan rakyat.

Masyarakat tradisional Jepun terdiri daripada 4 darjat: Golongan ningrat (istana), golongan kesatria (samurai), golongan pedagang, dan yang paling rendah golongan perempuan dan petani. 

Bahasa Jepun juga mempunyai 4 jenis: Paling tinggi adalah bahasa golongan istana, bahasa golongan satria, bahasa golongan pedagang, dan bahasa orang perempuan. 

Sewaktu maharaja Meiji membuat keputusan hendak membuang bahasa Cina sebagai bahasa ilmu di negaranya dan menggantikannya dengan bahasa Jepun, salah satu isu yang timbul adalah bahasa golongan mana yang hendak dijadikan bahasa ilmu.

Akhirnya, dipilih bahasa yang paling rendah martabatnya, yakni bahasa orang perempuan.

Alasan yang digunakan bagi memilih bahasa perempuan itu adalah disebabkan para petani Jepun menggunakan bahasa perempuan.

Dengan memilih bahasa golongan yang paling rendah darjatnya itu, maka mudahlah ilmu pengetahuan sains modern disebarkan kepada golongan yang paling ramai, paling miskin dan paling bodoh.  

Jadi, bahasa Jepun hari ini adalah bahasa kaum petani yang sudah dimodernkan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ini Pernah Dirampas KDN Previous entry: Koleksi Buku Internet Marketing untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
rastom  on  12/16  at  10:37 AM

Entri yang mencerahkan. Pengalaman negara negara Indo China seperti Vietnam, Kampuchea pun kalau boleh dapat Puan kisahkan di sini. Saya masih terpersona dengan kehebatan Raja Korea mencipta aksara sendiri serta membuang tabiat bergantung kepada tulisan kuasa hegemoni China rantau itu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.