Monday, March 30, 2009

Asmara Pengarang

Bagi sesetengah jenis buku, dunia asmara si pengarang amat mempengaruhi hayat pasaran buku-bukunya.

Bagi buku-buku panduan hidup keluarga bahagia, pasaran buku jenis itu sangat dipengaruhi oleh kehidupan asmara pengarangnya sendiri.

Apabila pengarang ada 'affair', maklumat itu akan segera tersebar, maka akan tamatlah riwayat jualan buku-bukunya.

Bagi buku tentang teknik-teknik memupuk kasih sayang antara suami isteri, tiba-tiba suami si pengarang berkahwin lain pula, maka ada risiko buku-bukunya akan di'return' oleh kedai-kedai buku dan berlonggok dalam setor penerbit.

Bagi buku-buku panduan berkeluarga bahagia, dan pengarangnya menjadi penceramah dalam bidang kaunseling, jangan sampai orang berkata ahli keluarga pengarangnya sendiri memerlukan kaunseling, memang jualan buku-bukunya akan jatuh merudum.

Bagi buku tentang teknik belajar pun begitu juga nasibnya jikalau tiba-tiba ada anak pengarangnya yang tidak berminat belajar di sekolah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Mengurus Majlis Rasmi Previous entry: Buku Taufiq Rahman

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: