Thursday, July 26, 2007

Astaghfirullah!

Baca artikel ini. Klik di sini.

"Buku" yang sejak ia pertama kali diterbitkan seribu lima ratus tahun dahulu, dan sampai hari ini, masih duduk di tempat pertama carta dunia, adalah al-Quran.

Quran adalah buku yang paling banyak dibaca orang di planet yang namanya Bumi. Ini diakui oleh Guiness Book of World Records.

Kita boleh tambah rekod-rekod dunia yang dipegang oleh al-Quran:

Quran adalah buku yang paling lama survive dalam pasaran.

Quran adalah buku yang teks asalnya paling lama kekal, satu huruf pun tidak berubah.

Quran adalah buku yang paling banyak pernah diulangcetak.

Quran adalah buku yang paling banyak dihafal orang.

Quran adalah buku yang paling banyak dikaji orang.

Quran adalah buku yang isi kandungannya paling banyak dipraktikkan orang.

Quran adalah buku yang paling banyak dipetik orang apabila mereka berhujah.

Quran adalah buku yang paling banyak dibaca oleh kanak-kanak sampai orang tua.

Quran adalah buku yang paling banyak sekolah khusus dibuka bagi membaca, menghafal dan mengkajinya.

Quran adalah buku yang paling banyak dipamerkan di muzeum-muzeum seluruh dunia.

Quran adalah buku yang petikannya paling banyak dijadikan seni hiasan di bangunan-bangunan awam di seluruh dunia.

Quran adalah buku yang paling besar sumbangannya kepada ekonomi.

Quran adalah buku yang paling besar pengaruhnya ke atas sejarah bangsa manusia.

Suhanallah! Maha suci Allah, 'pengarang' buku yang tidak mungkin akan ada manusia yang dapat mengalahkan kehebatan 'karya'Nya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hukum Hyperspace dalam Sai-Fai Previous entry: Jumlah Cetakan dan Kulit Buku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/26  at  09:12 AM

Salam, Puan. terima kasih kerana entri ini.
Hiba saya bukan kerana kesedihan tetapi kerana kekaguman saya terhadap kebesaran Tuhan.
Ah, betapa kerdilnya hamba-Mu ini, ya Allah.
Ayuh! Marilah kita menelaah dan menghayati kandungan Al-Quran, kitab terbesar sepanjang zaman.
Aduhai, Puan. Terharu benar saya.
Subhanallah. Walhamdulillah. Walailahaillallah. Wallahuakhbar.
——-

Abdul Latip  on  07/26  at  10:00 AM

Assalamualaikum,

Kitab Injil, Zabur dan yang lainnya telah diubah-ubah oleh manusia tetapi tidak dengan al Quran kerana Allah SWT memeliharanya sehingga hari kiamat. 

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah akan diberikan kepadanya satu hasanah (rahmat). Dan satu hasanah sama dengan sepuluh kali ganda ganjaran pahalanya. “Aku tidak berkata bahawa alif lam mim satu huruf tetapi alif adalah satu huruf lam satu huruf dan mim adalah satu huruf.”

Kerana itu sesiapa yang membaca alif lam mim sahaja sudah dapat tiga hasanah bersamaan dengan 30 ganjaran pahala. Apalah lagi kalau membaca satu surah.Begitu pemurahnya Allah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/26  at  10:17 AM

Al-Quran adalah mukjizat.

Ia adalah perkataan Allah yang berbeza dengan buku karangan manusia. Allah menegaskan dalam surah al-Baqarah ayat 23, “Sekiranya kamu ragu-ragu mengenai apa yang diturunkan kepada hamba kami (Muhammad), buat satu surah yang serupa dengannya (al-Quran). Panggil saksi-saksi kamu selain daripada Allah sekiranya kamu mendakwa kamu orang yang benar.”

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/26  at  09:19 PM

Assalamualaikum Pn. Sifu,
Al-Quran adalah kebenaran yang dicari oleh manusia. Manusia tanpa Al-Quran akan hilang pedoman. Sesat di jalanan. Hilang arah.

Wassalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: