Tuesday, February 20, 2007

‘atau’ dan ‘ataupun’

'atau' digunakan apabila 2 perkataan itu seerti

kegiatan atau aktiviti (MAKNA SAMA)
aktif atau cergas (MAKNA SAMA)
kampung atau desa (MAKNA SAMA)
bandar atau kota (MAKNA SAMA)
makalah atau artikel (MAKNA SAMA)
banci atau survei (MAKNA SAMA)
makna atau erti (MAKNA SAMA)
China atau Tiongkok (MAKNA SAMA)
Jepang atau Jepun (MAKNA SAMA)

'ataupun' digunakan apabila 2 perkataan itu tidak seerti

dua ataupun tiga (MAKNA TIDAK SAMA)
tua ataupun muda (MAKNA TIDAK SAMA)
ibu ataupun ayah (MAKNA TIDAK SAMA)
lelaki ataupun perempuan (MAKNA TIDAK SAMA)
besar ataupun kecil (MAKNA TIDAK SAMA)
dara ataupun teruna (MAKNA TIDAK SAMA)
miskin ataupun kaya (MAKNA TIDAK SAMA)
atas ataupun bawah (MAKNA TIDAK SAMA)
kiri ataupun kanan (MAKNA TIDAK SAMA)

Contoh ayat:
Lelaki suka perempuan cantik ataupun rupawan. (SALAH)
Lelaki suka perempuan cantik atau rupawan. (BETUL)

Lelaki boleh kahwin satu, dua, tiga atau empat. (SALAH)
Lelaki boleh kahwin satu, dua, tiga ataupun empat. (BETUL)

Baik yang muda atau yang tua, lelaki serupa sahaja. (SALAH)
Baik yang muda ataupun yang tua, lelaki serupa sahaja. (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Tatabahasa & Ejaan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penerbit 'Kuih Tempah' Previous entry: Hakcipta: Judul Buku dan Frasa Pendek

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.