Monday, July 23, 2007

Ayat-ayat Terjemahan dalam Quran

Dalam Quran terdapat banyak ayat-ayat terjemahan. Justeru, bagi pakar-pakar terjemahan yang beragama Islam, ayat-ayat Quran adalah sumber utama bagi membangunkan teori, prinsip-prinsip dan teknik-teknik terjemahan.

Ayat-ayat terjemahan dalam Quran itu adalah ayat-ayat dialog yang diucapkan oleh para malaikat, syaitan, iblis, firaun, kaum-kaum dahulu kala, dan semua nabi sebelum Nabi Muhammad. Nabi Adam bukan Arab, tetapi dalam Quran beliau bercakap bahasa Arab, begitu juga para malaikat dan iblis, semuanya bercakap Arab.

Sebagai contoh, keluarga Nabi Yusuf bangsa Yahudi. Tetapi dalam surah Yusuf, mereka semua bercakap Arab. Ertinya, dialog keluarga Nabi Yusuf itu sudah diterjemahkan oleh Allah daripada bahasa Ibrani (Hebrew) ke dalam bahasa Arab, baru kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad, supaya Nabi Muhammad faham.

Ayat ke-2 dalam surah Yusuf: "Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab ini sebagai Quran yang dibaca dalam bahasa Arab, supaya kamu, wahai Muhammad, memahaminya."

Semua ayat terjemahan dalam Quran adalah 100% bahasa Arab tulen, tidak ada unsur-unsur bahasa asalnya. Ini prinsip yang penting bagi penterjemah. Sebagai contoh, ayat-ayat terjemahan dalam surah Yusuf tidak mengandungi kata-kata Ibrani ataupun unsur nahu Ibrani.

Nah! Mengapakah buku-buku agama yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tengik dengan bau ketiak bahasa Arab?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pokok yang Lebih Tinggi Lebih Banyak Mendapat Angin Previous entry: Lagi lagi Meratap....
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/24  at  02:55 PM

Seronok membaca semua entri sifu, banyak ilmu yang saya dapat.

Saya sangat bersetuju bahawa penterjemah sesuatu bahasa tidak boleh terikut-ikut dengan uslub bahasa yang diterjemah. Ini adalah tabiat Quran.

Mungkin buku-buku agama yang diterjemahkan kedalam bahasa Melayu sarat dengan uslub bahasa Arab kerana ustaz/ustazah penterjemahnya terpengaruh dengan uslub buku asal yang sarat dengan nilai sastera yang tinggi dan maksud-maksud yang tersirat, terutamanya karya-karya klasik.

Namun, itu bukanlah alasan untuk menjadikan gaya bahasa terjemahan menjadi pelik, asing dan janggal seperti gaya bahasa ‘kitab-kitab kuning’ yang amat menitikberatkan terjemahan satu demi satu setiap patah perkataan Arab.

Pada pandangan peribadi saya, selain menguasai semantik secara mendalam, seseorang penterjemah mestilah peka dengan kehalusan bahasa yang diterjemahnya terutamanya bahasa Arab supaya terjemahannya tidak tersasar.

Sebagai contoh, ayat 1 surah Al-An’aam tidak boleh diterjemah sebagai: “Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang…”

Ini adalah kerana perkataan ‘al-samaawaat’ adalah kata jamak bagi ‘al-samaa’’ yang bermaksud langit dan zulumat pula bolehlah diertikan sebagai ‘gelap yang banyak’.

Dalam ayat tersebut, Allah telah menceritakan bahawasanya Dia telah mencipta langit yang banyak dan bumi yang satu, juga menjadikan kegelapan yang banyak dan cahaya yang satu.

Ulama telah mentafsirkan bahawa sebab Allah menggunakan kata jamak adalah kerana sumber kegelapan itu banyak sedangkan sumber cahaya hanyalah satu, maka sebab itulah digunakan kata tunggal ‘nur’.

Malangnya terjemahan Quran yang boleh di dapati dipasaran seperti Tafsir Pimpinan Al-Rahman boleh menjauhkan maksud ayat tersebut dari sasaran.

Begitu juga terjemahan ayat ke-2 surah Yusuf: “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”

Saya rasa perkataan ‘semua’ perlu ditambah selepas perkataan ‘kamu’ untuk menunjukkan bilangan yang ramai kerana ayat tersebut ditujukan kepada sasaran dakwah baginda.

Quran menggunakan lafaz ‘lakum’ yang bermaksud ‘untuk kamu (semua)’ bukan laka yang bermaksud ‘untuk kamu (seorang)’.

Meletakkan perkataan ‘kamu’ sahaja akan mendatangkan kesamaran seperti yang berlaku kepada manusia yang menyangka bahawa ayat tersebut hanya ditujukan kepada Nabi Muhammad supaya baginda memahaminya sedangkan ayat tersebut tertuju juga kepada sasaran dakwah baginda.

Saya tidak meragui langsung kepakaran ulama Melayu dalam menterjemahkan Quran. Namun perlu diingat, bahasa Arab adalah terlalu istimewa dan tersangat halus yang menuntut penilitian yang sangat cermat apabila perlu diterjemahkan kedalam bahasa lain, menggunakan uslub terkini supaya mesej Quran dapat difahami secara lebih mendalam oleh mereka yang tidak memahami bahasa Arab.

Allah memilih nabi-Nya yang terakhir, wahyu-Nya yang terakhir dan bahasa Arab sebagai bahasa syurga bukanlah secara sia-sia tetapi supaya kita semua berfikir.

Persoalannya, mengapa mesti bahasa Arab? Ia tentulah menuntut kita berfikir dari segenap sudut supaya kita dapat hasilnya.

Saya juga tidaklah terlalu konservatif dengan mengatakan hanya golongan agamawan yang layak bercakap dan menulis tentang agama. Islam itu milik semua yang mahukannya.

Namun, harus diingat bahawa segala bicara dan tulisan kita tentang Islam tidaklah boleh melewati daerah pengetahuan kita yang pasti tentangnya.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja, hanya Tuhanlah yang lebih mengetahui.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/21  at  09:57 PM

salam
boleh tak terjemahkan al-fatihah satu persatu kedalam bahasa melayu

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: