Sunday, August 05, 2007

Baca Buku dalam HP

Beginilah rupanya buku saudara yang dijual melalui telefon.

Sudah sampai masanya para penulis hari ini mengambil peluang mendapat royalti daripada pelbagai sumber, bukan hanya daripada royalti buku.

Novel ataupun buku saudara dapat dilesenkan kepada operator telefon, mobile-TV, penerbit drama TV, diekspot ke Jakarta (Bangkok, Manila dan lain-lain), dilesenkan kepada penerbit komik, penerbit animasi, penerbit filem, penerbit game komputer....

Sewaktu menuliskan buku saudara, ambil kira bagaimana buku saudara itu nanti mudah dibaca dan dinikmati meskipun ia dibaca pada skrin kecil.

Sebagai contoh, janganlah ayat saudara panjang berjela-jela sampai tidak muat pada skrin, terpaksa skrol-skrol, baru jumpa noktahnya!

Begitu juga, ambil kira faktor-faktor yang memudahkan novel saudara dialihkan menjadi skrip TV, filem, storibod, dan lain-lain media.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Strategi Memuaskan Hati Peserta Bengkel Previous entry: Lagi Cara Penerbit Menipu Kerajaan
embun  on  08/07  at  12:01 PM

Assalamualaikum wbt.,

Menariknya idea ini. Tidak perlu membawa buku yang tebal-tebal dan berat-berat ke mana-mana. Cukup dengan sebuah telefon bimbit, buku-buku yang diminati dapat dibaca di mana-mana.
——-

Ida Rizyani  on  08/07  at  03:35 PM

Assalamualaikum sifu,
Hebat dan canggih. Nampaknya para penulis perlu khatam kursus pemikiran kreatif dengan sifu supaya sumber royalti dapat dipelbagaikan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: