Monday, December 13, 2010

PTS Sedang Tekun Membuka Laut Biru Sastera Kanak-Kanak

Salah satu topik penting dalam dunia penerbitan yang tidak banyak ditulis dan dibincangkan, baik secara teoretikal mahupun secara teknikal, apatah lagi dari sudut bisnesnya, adalah topik mengenai buku kanak-kanak (KK).

Ada sebuah entri blog yang sangat berinformasi di blog Mazni Irfan Publication.

Sektor buku cerita kanak-kanak adalah Laut Biru yang menjanjikan banyak peluang membuat duit, baik bagi penerbit mahupun bagi penulis.

Dalam laut biru ini belum ada Big Boy-nya (BB). Oleh itu, belum ada penulis yang dianggap BB dalam sektor ini. Begitu juga belum ada penerbit BB dalam sektor buku KK.

Kedai-kedai buku belum membuka rak-rak khusus bagi buku KK dalam Bahasa Melayu disebabkan jumlah buku cerita KK belum cukup banyak bagi meyakinkan mereka supaya memberikan ruang dan rak khusus.

Pada masa ini buku KK diletakkan bercampur-campur dengan buku remaja. Golongan remaja tidak suka buku-buku mereka diletakkan bercampur dengan buku KK.

Mana-mana penerbit yang berjaya membuka rak khusus buku KK akan menjadi BB dalam sektor itu.

Pada masa ini PTS, melalui anak syarikatnya PTS ONE Sdn Bhd lebih dikenali sebagai penerbit buku remaja. Namun PTS sedang tekun menerbitkan judul KK dengan matlamat mahu membuka rak KKnya sendiri di dalam kedai-kedai buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ejaan Kata Majmuk Previous entry: Senarai Judul Buku Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/15  at  01:18 AM

Saya amat berminat menulis buku kanak-kanak.
Apa syarat-syarat yang dikehendaki oleh PTS?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.