Monday, August 25, 2008

Surat Pilihan: Bagaimana Ain Maisarah Bersedia Sebelum Muncul dalam Book-talk

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salam Puan Ainon yang dihormati,

Semoga berada dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi mempromosikan dan mewar-warkan tentang majlis buku isteri saya, AinMaisarah di laman web PTS. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Buat makluman Puan, ini adalah acara book talk AinMaisarah yang julung-julung kali diadakan sepanjang kareer penulisannya. Pertama kali juga semasa di Mid Valley pada 17 Ogos, AinMaisarah mempromosikan buku-bukunya sendiri di hadapan hampir 40 orang pengunjung. Sebelum-sebelum ini, slot yang diberikan hanyalah sesi tandatangan dan bergambar bersama peminat sahaja.

Sebenarnya beberapa minggu sebelum acara berlangsung, kami berdua banyak berbincang, membuat persediaan dan mengkaji acara-acara book talk penulis lain. Antara perkara penting yang kami senaraikan melalui pemerhatian book talk yang dilakukan di MPH sebelum ini adalah:

(1) Kehadiran walk-in customer sahaja. Selain itu kebanyakan pendengar adalah rakan kenalan penulis atau ahli keluarga.

(2) Suasana yang hambar dan interaksi satu hala sahaja.

(3) Pulangan dari sudut pembelian buku yang minimum.

Saya sendiri mempunyai misi peribadi bagi memastikan acara book talk AinMaisarah ini mendapat sambutan. Ini kerana saya mahu AinMaisarah terus bermotivasi menulis apabila melihat ramai pembaca bukunya sanggup datang menemuinya. Ia juga bagi membentuk keyakinan dan keberanian AinMaisarah bercakap di hadapan orang ramai. Oleh kerana itu, saya meletakkan beberapa objektif yang mahu dicapai dalam acara book talk sulung ini:

(i) Meletakkan sasaran jumlah kehadiran pendengar book talk yang ramai (50 orang)

(ii) Memastikan acara yang diadakan menarik minat pengunjung.

(iii) Memastikan pengunjung membeli buku.

(iv) Menjalin hubungan mesra antara penulis dan pembaca.

Bagi mencapai objektif tersebut, kami cuba melaksanakan beberapa kaedah tersendiri. Antara usaha kami adalah:

(a) Membuat pemberitahuan melalui blog dan e-mel bagi menarik pembaca ke acara tersebut. (AinMaisarah sendiri tidur pukul 5.00 pagi selama dua hari demi menghantar e-mel jemputan peribadi kepada para pembaca sekitar KL melalui akaun Friendster)

(b) Memberi umpan hadiah-hadiah percuma. Dalam konteks menarik golongan pembaca, umpannya tentulah bahan bacaan percuma. Oleh itu, 50 manuskrip buku Aku Mahu ke New York yang kos cetakannya ditanggung sendiri menjadi umpan hadiah kepada pengunjung yang hadir.

(c) Mengisi aturcara majlis book talk yang diselang-selikan dengan permainan menarik. Ianya bertujuan menimbulkan suasana kecoh dan meriah supaya menarik minat pengunjung sekitar.

(d) Mengenakan syarat supaya pengunjung yang mahukan hadiah manuskrip percuma membeli buku dari MPH.

Sehari sebelum acara, saya meminta AinMaisarah membuat latihan bercakap depan cermin. Saya mahu pastikan AinMaisarah bercakap selama 15 minit sahaja, tidak lebih tidak kurang kerana para pembaca remaja akan cepat resah apabila diceramah lebih dari 15 minit.

Kami juga mengadakan latihan sesi rehearsel bagi semua jenis permainan untuk melihat kesuaian permainan di kawasan book talk yang terhad. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Hampir 40 pengunjung sudi hadir menunggu sehingga ke akhir majlis. Gambar-gambar majlis boleh dilihat di www.ainmaisarah.com

Selesai majlis, kami membuat sesi post mortem bagi menyenaraikan perkara-perkara yang boleh diperbaiki lagi di masa hadapan. Antaranya adalah:

(1) MPH boleh mengambil peranan meletakkan poster promosi dan pemberitahuan berdekatan dengan rak buku PTSONE. (Seminggu sebelum acara)

(2) Sistem pembesar suara dan alatan elektrikal mestilah dipastikan berada pada tempatnya, setengah jam sebelum majlis bermula.

(3) Penulis mesti tampil lebih yakin diri, berkarisma dan mesra pembaca. Sekiranya boleh, adakan perbualan ringkas secara peribadi dengan semua tetamu yang ada.

Diharapkan penulis-penulis PTS yang lain dapat berkongsi pengalaman agar kita dapat memperbaiki acara book talk seperti ini. Terutamanya berkongsi kelakuan atau respon pendengar. Mungkin pendengar dewasa, lain cara pendekatannya. Hanya ini yang dapat kami kongsikan bersama bagi membalas jasa baik PTS dan MPH yang bersusah payah menganjurkan majlis sebegini bagi mempromosi penulis tempatan. Moga-moga di masa akan datang, peluang dan ruang akan lebih terbuka buat penulis buku tempatan di Malaysia.

Saya bercadang sekiranya pihak PTSOne bersetuju. Apa kata kita adakan majlis book-talk beramai-ramai, book-talk gathering raya. Wassalam.

Syaizul Amal (Pengurus AinMaisarah)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Mahu Menulis Buku bagi Memotivasi Suri Rumah Previous entry: Diulangcetak dengan Cover Baru
yeeply  on  08/27  at  09:08 AM

salam...wah dahsyat betul persedian ain maisarah yer..kalah artis..hehehe..tapi memang sepatutnya ada extra program dalam book talk..kalau tidak, hambar jer..satu kes saya pernah lihat..tak ingat publisher mana..penulisnya buat saya kagum - budk sekolah menengah - , tapi mungkn disebabkan tiada persedian yang dibuat oleh pengurusnya, tambahan pula penulis itu sendiri shy-shy cat ,book talknya jadi boring......

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: