Friday, December 26, 2008

Bagaimana Bahasa Inggeris Menggagalkan Pembangunan Tenaga Manusia Bangsa Filipina

Banyak orang yakin bahasa Inggeris adalah alat bagi memajukan penguasaan teknologi oleh bangsa-bangsa yang meminjamnya.

Jika perkara itu benar, Filipina tentu sudah dapat dijadikan bukti kejayaan tersebut kerana Filipina sudah hampir 100 tahun menggunakan bahasa Inggeris.

Namun, selepas 100 tahun menggunakan bahasa Inggeris bagi memandaikan rakyatnya, eksport terbesar negara Filipina bukan pula pelbagai produk berteknologi tinggi yang dicipta dan dihasilkan oleh otak-otak terbaik dan terpintar rakyat negara tersebut.

Sebaliknya, Filipina adalah negara pengeksport buruh kasar dan separuh-kasar terbesar di dunia.

(Foto menunjukkan gadis-gadis Filipina yang dieksport sebagai pembantu rumahtangga sedang diuruskan pengirimannya oleh agen.)

Jutaan pelajar luar bandar Filipina yang setiap tahun gagal matematik dan sains disebabkan penguasaan bahasa Inggeris mereka lemah akhirnya mereka menjadi buruh yang dieksport.

Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kotak Bahasa Inggeris Previous entry: Ekonomi Berbahasa Cina

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.