Thursday, June 19, 2008

Bagaimana Budak Besar Dapat Membuli Budak Kecil

(sambung)

Kedai buku bergantung pada penerbit buku. Kalau penerbit tidak membekalkan buku, kedai buku tidak ada bisnes.

Justeru, siapakah yang lebih kuat - penerbit ataupun kedai buku? Apabila penerbit lebih besar, maka penerbit lebih kuat.

Apabila kedai buku lebih besar, kedai buku lebih kuat. Inilah yang sedang berlaku di kedai buku online paling besar di dunia, iaitu Amazon.com.

Sekarang ini Amazon.com menguasai 16% jualan buku di Britain. Dengan itu ia berupaya men-terrorise dunia buku di Britain, sehinggakan penerbit buku POD (print-on-demand) pun diacukan dengan pistol juga.

Amazon.com mahukan diskaunnya dinaikkan sampai 50%, suatu angka yang tidak munasabah bagi penerbit buku. 

Butang "buy now" adalah pistol besar yang digunakan oleh Amazon.com Britain bagi menundukkan penerbit-penerbit besar sekalipun, semata-mata kerana Amazon.com sudah menjadi penjual buku yang amat besar.

Laman web Amazon.com Britain mematikan butang ikon "buy now" bagi sesetengah buku yang diterbitkan oleh Hachette Livre UK. Antara buku-buku itu termasuklah novel-novel pengarang ngetop seperti Stephen King.

Bloomsbury, penerbit siri Harry Potter oleh J.K. Rowling, pun cuba dibuli oleh Amazon.com Britain dengan mematikan butang "buy now" pada beratus-ratus judul buku terbitan Bloomsbury.

Bloomsbury sedang cuba melawan balik. Bloomsbury berani melawan Amazon.com disebabkan penerbit itu mempunyai banyak pengarang yang buku-buku mereka sangat laku dalam Amazon.com. 

Kita tengoklah nanti, siapa gergasi yang lebih kuat. Siapa yang dapat menundukkan siapa  --  Amazon.com ataupun Bloomsbury.

Baik, kita kembali ke negara kita sendiri, Malaysia.

Penerbit buku-buku tempatan, seperti PTS, Alaf21, Creative dan KarnaDya, tidak membekalkan buku ke Amazon.com, jadi kedai buku terbesar di dunia itu tidak dapat mengacukan pistolnya ke kepala Chairman PTS.

Tetapi kita semua membekalkan buku ke rangkaian kedai buku elit seperti Popular, MPH, Konikuniya, Times dan Borders. Rangkaian yang mempunyai outlet paling banyak adalah Popular, dan rangkaian ini paling agresif membuka outlet-outlet baru di seluruh negara.

Dalam tempoh 3 ataupun 4 tahun lagi, dijangka jumlah outlet Popular akan mencapai 100 buah. Apabila ini berlaku Popular dapat menjadi macam Amazon.com! Mungkinkah syarikat milik pelabur Singapura ini akan meniru cara-niaga Amazon.com Britain?

Bagaimana pula jika Popular dan MHP berpakat-pakat sama-sama mahu supaya penerbit menaikkan diskaun? Dalam keadaan hari ini, jumlah outlet Popular dan MPH, apabila digabungkan pun sudah 100 buah!

(bersambung

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pakar Pengurusan Kewangan Peribadi Kini Konsultan Sepenuh Masa Previous entry: Masya Allah! Tolong Tulis Satu Lagi Buku Poligami
Amiene Rev  on  06/19  at  10:19 AM

Apabila penerbit-penerbit kecil bergabung di bawah satu persatuan khusus untuk penerbit kecil, dan berpakat untuk menubuhkan rangkaian kedai buku bersiri khusus untuk buku-buku penerbit kecil sahaja (penerbit mendapat privilege dan keistimewaan dari segi keahlian, manakala penerbit besar perlu memberi diskaun lebih tinggi sedikit) maka ketika itulah penerbit-penerbit buku dapat bergerak dengan lebih selesa.

Rangkaian kedai-kedai buku penerbit kecil, kalau dikira untuk PTS sahaja sudah ada pelbagai produk dan pelbagai sasaran pembeli.

Saya menanti kewujudan rangkaian kedai buku penerbit-penerbit buku kecil ini. Permulaannya, persatuan penerbit kecil membuka dan menyewa tapak-tapak perniagaan kecil, dan cawangan-cawangannya makin bertambah, berkembang semakin besar ke seluruh negara.

Disebabkan ahli persatuan penerbit kecil adalah bukan satu, maka usaha promosi dilakukan oleh semua ahli mengikut syarat keahlian (promosi global melibatkan tema-tema buku yang perlu diiklankan setiap bulan) maka para pembeli buku boleh mengetahui jenis-jenis buku yang dikeluarkan mana-mana penerbit dengan mudah, mengetahui lokasi kedai-kedai buku penerbit kecil dan sebagainya.

Zaman penerbit-penerbit kecil bersatu menubuhkan rangkaian ‘Kedai Buku Penerbit Kecil) adalah zaman kesyukuran bagi penerbit-penerbit kecil.

Ditambah lagi dengan “Kumpulan Pengedar/Pemasar Buku Penerbit Kecil” yang juga merupakan salah sebuah organisasi di bawah Persatuan Penerbit Kecil, maka para penerbit kecil kini memiliki akses kepada dua perkara penting:

1. Peluang dan kemudahan mengedarkan buku terbitan masing-masing menerusi Kumpulan Pengedar/Pemasar Buku Penerbit Kecil. Setiap ahli Persatuan Penerbit Kecil layak menggunakan kemudahan untuk mengedar dan memasarkan buku-buku ke kedai-kedai buku Penerbit Kecil menerusi Kumpulan Pengedar/Pemasar Buku Penerbit Kecil.


2. Peluang dan kemudahan mendapatkan tapak untuk menjual buku (dilakukan oleh pihak Kedai Buku Penerbit Kecil). Kumpulan Pengedar/Buku Penerbit kecil berperanan menerima dan menjual mana-mana buku terbitan penerbit kecil yang menjadi ahli Persatuan Penerbit Kecil.


Saya menunggu kewujudan

Persatuan Penerbit Kecil dengan dua struktur major:
1. Kedai Buku Penerbit Kecil
2. Kumpulan Pengedar/Buku Penerbit Kecil


Penerbit-penerbit buku adalah tunjang belakang kepada pemasaran dan pengedaran ilmu dari para penulis kepada umum. Kumpulan Pengedar dan Kedai-kedai Buku adalah kaki dan tangannya. Menerusi Persatuan Penerbit Kecil, para penerbit adalah lebih sebagai otak, mata atau mulut, manakala Kedai Buku adalah Tangan dan Bakul yang menjual ilmu, dan Pengedar Buku adalah kaki yang berjalan mencari pelanggan.

Semoga penubuhan Persatuan Penerbit Kecil ini memberi rahmat kepada semua penerbit dan penulis, khususnya para penerbit kecil yang bermasalah dalam mengedarkan buku terbitan masing-masing.

Amiene Rev  on  06/19  at  10:46 AM

Jadi, apakah kelebihan dan kemudahan yang ada apabila Persatuan Penerbit Buku Kecil diwujudkan dengan dua struktur major iaitu Rangkaian Kedai Buku Penerbit Kecil dan Kumpulan Pengedar/Pemasar Buku-buku Penerbit kecil?


1. Peluang pekerjaan yang lebih banyak dan kemudahan untuk memilih lokasi tempat kerja terdekat di mana-mana rangkaian kedai buku Penerbit Kecil. Contohnya, Pekerja A pada mulanya bekerja di cawangan 1 yang berlokasi di Shah Alam. Dia berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Johor Bahru. Dia boleh meminta untuk ditukarkan dari Shah Alam ke Johor Bahru. Dengan ini, tenaga kerja mahir yang sedia ada boleh dipindah tanpa perlu ada kehilangan pekerja berpengalaman kerana rangkaian Kedai Buku Penerbit Kecil adalah luas.


2. Mudah untuk meninjau pasaran buku yang menguntungkan dan memenuhi keperluan pembaca. Disebabkan Persatuan Penerbit Kecil menguruskan sendiri pengedaran dan pemasaran buku-buku ahli-ahli mereka, maka mereka akan mudah mendapatkan data-data jualan buku dan keuntungan buku menerusi laporan oleh kedua-dua struktur major.


3. Salah satu sumber modal adalah daripada yuran keahlian dengan ini masalah modal boleh dikurangkan.


4. Apabila Persatuan menetapkan garis panduan buku-buku yang boleh diedar dan dijual menggunakan kemudahan dua struktur major seperti:

a. Memperjuangkan penggunaan bahasa (apabila ada syarat-syarat berkaitan dikenakan. Contohnya, buku-buku yang menggunakan struktur ejaan yang tidak menepati ejaan standard tidak boleh diedar dan ditempatkan di mana-mana rangkaian Kedai Buku Penerbit Kecil).

b. Pendidikan moral menerusi bahan bacaan (syarat-syarat buku-buku yang diterbitkan mestilah memaparkan mesej yang bermakna; boleh diteladani dan meningkatkan ilmu para pembaca).


5. Peluang ilustrator, desainer, editor dan lain-lain staf penerbitan untuk mendapat peluang tugasan atau kerjasama tidak terhad kepada satu-satu penerbit sahaja. Menerusi Persatuan Penerbit Kecil, penerbit-penerbit yang tersangat kecil boleh meminjam perkhidmatan rekabentuk kulit buku, penyuntingan isi kandungan dan ilustrator dalaman daripada staf-staf penerbitan dari penerbit lain yang juga merupakan ahli-ahli dalam Persatuan Penerbit Kecil.

Banyak lagi kelebihan Persatuan Penerbit Kecil kepada penerbit, penulis dan masyarakat umum. Jadi sekiranya ada usaha ke arah menubuhkan Persatuan Penerbit Kecil, pasti kebaikan dan manfaat daripada persatuan ini dapat dinikmati semua.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/19  at  11:13 AM

Salam..

Saya menunggu wujudnya rangkaian “Kedai Buku Melayu” yang khas memfokuskan penjualan buku-buku Bahasa .(JavaScript must be enabled to view this email address).

Nisbah kedatangan pengunjung Melayu dan bukan Melayu adalah di sekitar Lembah Klang 45%-55% dan di luar Lembah Klang adalah 50%-50% ataupun 60%-40%, yang menunjukkan kuasa membeli Melayu adalah tinggi.

Cukup hanya difokuskan dengan penjualan produk yang laku tegar dan menumpukan pembukaan kedai di kawasan tumpuan umum.

Impian yang diharapkan akan menjadi kenyataan.

Pinjam tagline Astro Ceria 611…..Untuk Kite Aje…..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: