Wednesday, August 15, 2007

Bagaimana Buku Dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan

Buku-buku ini dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk projek pembelian 2007.

Kementerian Pelajaran mempunyai dana khas bagi pembelian buku secara terpusat.

Dua bahagian yang mempunyai projek buku terpusat adalah (i) Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), dan (ii) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Disebabkan projek kedua-dua bahagian ini bernilai berjuta-juta, para penerbit sanggup melakukan apa sahaja supaya buku mereka dipilih.

Kementerian Pelajaran juga memberi dana kepada setiap sekolah di mana Guru Besar dan Pengetua sekolah bebas memilih buku apa yang mereka mahu beli untuk pusat sumber sekolah masing-masing. Pasaran ini dikuasai oleh syarikat pengedar yang mempunyai jurujual dari-sekolah-ke-sekolah, menjual buku-buku berset yang harganya amat mahal, sampai tidak masuk akal.

Bagaimanakah caranya penerbit hendak memasukkan buku-bukunya dalam projek pembelian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)? Masing-masing penerbit mempunyai strategi sendiri.

Cara PTS memasarkan buku untuk projek BTP adalah dengan melantik agen.

Dalam kes ini agen PTS adalah syarikat Bookman Sdn. Bhd. Bookman yang memilih dan submit judul-judul PTS yang difikirkan sesuai dengan keperluan projek kementerian disebabkan Bookman memahami kehendak kementerian.

Daripada beratus-ratus judul yang disubmit oleh para penerbit, pegawai kementerian kemudian memilih judul-judul yang layak dibeli.

Kementerian kemudian mengeluarkan tender kepada kontraktor-kontraktor buku Bumiputera bagi membekalkan judul-judul yang dipilih itu kepada sekolah-sekolah yang ditetapkan.

PTS membekalkan buku-buku itu kepada Bookman dengan diskaun, dan kontraktor mendapatkan bekalan daripada Bookman dengan diskaun.

Dengan cara begini, semua orang dapat makan seorang sedikit. PTS dapat makan, Bookman dapat makan, kontraktor dapat makan, penulis pun dapat makan....

Nota kaki: Bookman dimiliki oleh En. Amini yang berpengalaman 15 tahun dalam bidang jualan buku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Sekolah
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Usianya Belum 30 Tahun Beliau Sudah Memiliki 20 Buah Judul Harta Intelek Previous entry: Lagi Teknik Backstory dalam Sai-Fai

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.