Wednesday, June 28, 2006

Bagaimana Buku Saudara Diekspot

Kerja-kerja mengekspot buku saudara ke negara-negara lain adalah urusan penerbit saudara kerana lazimnya dalam perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani itu sudah terkandung klausa di mana saudara bersetuju membenarkan penerbit saudara mengambil langkah-langkah mengeksploitasi potensi nilai ekonomi karya saudara itu di luar negara.


Semua penerbit berminat mengekspot lesen buku-buku terbitannya ke negara lain kerana daripada kejayaan setiap buku yang diekspotnya pihak penerbit mendapat perolehan daripada bahagian royalti yang dibayar oleh pelesen.


Dalam amalan perdangangan buku antarabangsa, lazimnya nilai royalti yang dibayar oleh pelesen adalah 7%. Pembahagian antara penerbit dan penulis adalah 40% – 60% daripada jumlah yang diterima daripada pelesen.


Strategi paling popular bagi memasarkan lesen-lesen penerbitan buku adalah dengan membuka booth dalam pesta-pesta buku:


Pesta Buku Sedunia: Contoh pameran seperti ini adalah Pesta Buku Antarabangsa di Frankfurt, Jerman, ataupun Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa di Bologna, Itali. Jika penerbit itu yakin dia dapat menjual lesennya kepada penerbit dari berbagai-bagai negara, langkah membuka booth di kedua-dua pesta ini adalah pesta yang paling sesuai tetapi kosnya amat tinggi. Persatuan-persatuan penerbit nasional lazimnya menyewa booth untuk dikongsi oleh ahli-ahlinya.


Pesta Buku Nasional: Setiap negara mengadakan pesta buku masing-masing, jadi sekiranya penerbit mahu mengekspot lesennya ke negara itu ia boleh membuka booth di pesta peringkat lokal. Sebagai contoh, jika penerbit yakin dia dapat menjual lesen buku-bukunya ke Indonesia maka dia membuka booth dalam Pesta Buku Antarabangsa Jakarta yang diadakan 2 kali setiap tahun. Selain daripada itu mereka juga mengadakan Pesta Buku Islam Jakarta sekali setiap tahun.


Kos membuka booth di pesta-pesta buku adalah tinggi dan lazimnya pengarang tidak mampu melakukannya dengan modal sendiri.




.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Memilih Hero: Prinsip Surah Yusuf Previous entry: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
rastom  on  07/06  at  04:56 PM

ekspot atau eksport? saya pening.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  07/07  at  08:56 AM

Tuan Rastom, ‘ekspot’ dan ‘impot’. Di Indonesia ‘ekspor’ dan ‘impor’. Dalam blog kita, kita boleh guna ejaan pilihan sendiri!

Anonymous  on  07/07  at  09:22 AM

Puan Ainon, asalamualaikum. Macam mana kita nak tahu penerbit di Indonesia tak tipu kita? Terima kasih.

Puan Ainon Mohd.  on  07/07  at  11:13 AM

Sdr Anonymous, ada beberapa cara kita dapat menguruskan risiko ditipu.

Pertama pilih penerbit di Indonesia yang reputasinya baik.

Kedua, kenakan syarat di mana pelesen terus membayar jumlah royalti bagi jumlah naskah yang akan dicetak oleh pelesen itu.

rastom  on  07/08  at  09:40 AM

ketiga, kalau boleh tambah,  lantik peguam yang berpengalaman bidang hakcipta..mungkin kos akan bertambah. hubungi saya kalau mau khidmat begitu grin

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: